Daging Masak Merah Ala Thai


Rasanya macam-macam versi daging masak merah ni kan?

Kalau type kat search engine pun macam-macam versi resipi yang dikongsi. Pendek kata kalau nak tahu resipi mana yang menepati selera kena la cuba sendiri.

Bagi saya antara resipi daging masak merah yang dah dicuba resipi di bawah ni menepati anak tekak kami sekeluarga. Ada kelainan dari segi rasa bila ada penggunaan daun limau purut dalam penyediaan masakan ni.



Ikut pada resipi asal , daging disyorkan direbus dengan meletakkan pewarna merah untuk bagi effect merah pada daging tu. Tapi tak buat pun, even step yang last step masukkan bancuhan tepung jagung tu pun tak buat jugak (^_*) hihihi sedikit kemalasan.

Okey la pada yang nak tahu bagaimana rasa resipi Daging Masak Merah Ala thai dibawah ni, kena la cuba sendiri ya....


Daging Masak Merah Ala Thai
Sumber :  Aznanie

Bahan-bahan:
  • 1/2 kilo daging - dipotong nipis dan di rebus dengan pewarna merah
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • 1 biji bawang besar - dipotong bulat
  • 3 biji bawang putih - diketuk
  • 10 biji cili api - diketuk (terpulang kepada citarasa masing-masing, nak pedas tambah lagi, tak nak boleh kurangkan)
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Daun limau purut - dikoyakkan
  • 2 batang serai - dititik
  • Kacang panjang - dipotong memanjang (terpulang, nak letak boleh, tak nak pun tak mengapa)
  • Garam secukup rasa
  • Ajinomoto secukup rasa (tak letak)
  • Sedikit tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air untuk pekatkan kuah
Cara membuatnya:
  1. Panaskan minyak. Goreng daging sebentar dan ketepikan. 
  2. Tumiskan bawang putih hingga naik bau. 
  3. Masukkan cili kering kisar.dan masak sehingga terbit minyak. 
  4. Masukkan sos cili, sos tomato, dan sos tiram dan sedikit air diikuti dengan daun limau purut dan serai. Kacau rata. 
  5. Kemudian masukkan garam, gula, dan ajinomoto Kacau sebentar, kemudian masukkan daging yang telah digoreng tadi bersama kacang panjang, bawang besar, dan cili padi. 
  6. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau. 
  7. Setelah kuah nampak pekat, boleh diangkat dan dihidangkan bersama nasi putih.

Terima kasih pada yg empunya resipi......

Nota Jejari : Selamat mencuba !!!

No comments:

Post a Comment