Donut minyak tetap gebu dan lembut


Asal ada je resipi yang tak perlu guna shortening bagai ni memang cepat je nak mencubanya. Bukan tak boleh cari shortening tu di kedai tapi tah la rasa cam tak berminat je nak guna, so memang tak buat stok la.

Resipi kali ni ambil dari dapur mas. Dah banyak kali buat, budak-budak ni pun suka, lagipun setiap kali buat memang buat saiz kecil-kecil, mudah nak ngap.


Ikut pada resipi ada penggunaan water roux, tapi memang dah dasar malas kan, tak kuasa la pulak nak letak. Selalu lebihkan air je. Bila rajin dan rasa-rasa ada nak buat roti yang juga ada menggunakan water roux tu baru la merajinkan diri membuatnya.

Pada saya tak beza mana donut yang dihasilkan jika guna atau tak guna water roux tu. Kalau nak tahu juga ada beza tak beza tu korang kena bereksperimen sendiri la pulakkan. Lain orang lain pendapatnya.


Selain penggunaan minyak dan water roux, beza resipi ni dengan resipi yang pernah saya cuba dulu ialah pada penggunaan 2 biji telur kuning. So pada korang yang nak tahu kelainan donut ni dengan resipi donut yang lain boleh cuba buat sendiri , resipi saya tepek kat bawah untuk rujukan ya.

Donut Gebu
Resepi : Isma Maisara fb
Sumber : dapur mas

Bahan - bahan :
  • 250 gm tepung gandum
  • 1 1/2 sudu kecil yis segera
  • 2 biji kuning telur
  • 50 gm gula
  • 2 sudu besar water roux
  • 50 - 60 ml air dari peti sejuk
  • 50 ml minyak masak
  • Sedikit garam
Caranya :
  1. Ayak tepung ke dalam sebuah mangkuk dan campurkan yis, gaul rata. Masukkan gula, kuning telur dan water roux. Gaul rata.
  2. Kemudian masukkan minyak dan garam. 
  3. Akhir sekali masukkan air sedikit demi sedikit. Uli hingga doh lembut. Tambahkan tepung sedikit kalau doh lembik. Uli hingga doh lembut, x melekat di tangan dan mangkuk.
  4. Rehatkan doh 30 minit hingga kembang atau naik sekali ganda. 
  5. Setelah doh naik tumbuk2 doh, canai dan terap. Rehat doh 30 minit lagi. 
  6. Kemudian bolehlah digoreng menggunakan minyak yg panas dgn api yg perlahan.


WATER ROUX

1/4 cwn tepung gandum + 250ml air. Satukan bahan2 dan masak di atas dapur dgn api yg kecil hingga pekat. Kacau sentiasa agar x berketul. Sejukkan baru boleh digunakan. Boleh simpan dlm peti ais tahan hingga 2-3 hari.

Nota Jejari : selamat mencuba 

No comments:

Post a Comment