Terjebak dengan fenomena kek cheese leleh


Lama dah fenomena kek cheese leleh ni kan. Saya pun dah lama nak cuba tapi tak tercuba-cuba sampai ke satu tahap rasa nak beli je setiap kali terjumpa dengan penjual yang jual kek cheese leleh dengan pelbagai versi kek.

Tapi bila memikirkan kepuasan membeli dengan kepuasan buat sendiri tu tak sama, tahan kan la jugak keinginan tu. Lagipun ada penjual yang jual kek cheese leleh tu kitaorang pernah la juga membeli kek dengan dia dan kek yang dibeli kurang menepati anak tekak kami. Tak sure la pulak untuk kek cheese leleh, so tak nak ambil risiko tunggu la jugak mood nak buat sendiri tu datang.

So...

Selepas beberapa "kurun" dan selepas beberapa kali berlawan rasa antara nak beli atau nak buat sendiri, akhirnya terlaksana jugak keinginan nak membuatnya bila semua bahan ada dirumah ;


Memang patut pun kek ni jadi fenomena, sebab ada rasa dan keunikannya yang tersendiri. Cukup puas hati bila dapat buat sendiri. So pada yang nak try buat sendiri resipi seperti dibawah :

CHEESE CAKE MELELEH
Sumber : MamaFaMi
Sumber : Rahel


1 biji kek Span - Boleh guna mana-mana resipi , saya selalu guna resipi disini

Bahan-bahan Untuk Krim Cheese leleh :
  • 250g cream cheese 
  • 200g susu pekat
  • 100g Whip cream 
  • 50g susu segar

Cara membuatnya:
1. Putar Krim Cheese .
2. Masukkan bahan-bahan lain putar sebati.

Deco :

125g cheddar cheese - diparut

1. Potong kek menjadi 2. Jika mahu potong lagi mengikut saiz bekas yang ingin digunakan.
2. Letakkan 1 bahagian kek ke dalam bekas.
3. sapukan atau letak krim cheese tadi meliputi keseluruhan kek.
4. letakkan satu bahagian kek lagi diatas lapisan yang pertama tadi.
5. sapukan krim cheese meliputi keseluruhan kek.
6. tabur parutan cheddar cheese
6. sedia untuk dihidangkan



Nota Jejari : Tekak terasa nak makan lagi kek cheese leleh ni... yummmyyy

No comments:

Post a Comment