Kek minyak yang gebu dan sedap....


Dah lama buat kek ni, baru hari ni berkesempatan untuk berkongsi hasil resipi kek minyak yang dah dicuba. Pada saya kek ni sedap, lembut dan gebu tapi anak-anak kurang minat la pulak. Mungkin faktor banyak makanan yang nak di ngap kat rumah plus kurang promote kat diaorang so lambat la sikit kek ni nak habis (^_*).

Kebelakangan ni memang dah jarang buat kek plain mcam ni, sebab tekak si pembuat asyik nak kek yang ada cheese aje..

Hihihji melantak sebelum berpantang la katakan, so apa yang tekak terasa nak makan dilayan kan aje...


Ok la pada yanv nak try kek minyak yang sedap ni resipi seperti dibawah ya.....

RESEPI KEK MINYAK
Original : MyResipi
Sumber : LiNa Pg

Bahan-bahan ( 8x8inci / 9in)
  • 5 biji telur
  • 3/4 cawan gula halus (LiNa Pg gn 1/2 cawan gula kastor)
  • 2 cawan tepung gandum 
  • 1 sk baking powder
  • 1 cawan susu pekat (LiNa Pg gn 3/4cawan)
  • 1 sudu besar ovallate
  • 1 cawan minyak masak
  • perasa nenas / pisang / ape2 ikut suka/pewarna
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara-cara membuatnya : 
  1. Panaskan oven suhu 170'C
  2. Ayak tepung gandum bersama baking powder.Ketepikan
  3. Lenser loyang kek dgn mentega.Alaskan dengan baking paper.
  4. Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang.
  5. Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap.
  6. Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
  7. Akhir sekali masukkan gandum. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan adunan kepada 3 warna.
  8. Tuangkan ke dalam loyang, marble ikut kreativiti
  9. Bakar hingga masak.Suhu bergantung kepada oven masing2 (LiNa Pg bakar suhu 165'C selama 50min api atas dan bawah)
  10. Biarkan kek sejuk barulah dipotong dan hidangkan.




Nota Jejari : sedap bahagian atas kerak kek tu... 

1 comment:

  1. Cantik kek minyak ni. kaler pun lembut...terima kasih sudi cube :)

    ReplyDelete