Pau bahan campak-campak


Dah lama tak meng" pau " . Bila teringin nak buat sendiri main redah je buat ikut kepala sendiri tak ikut resipi betul-betul, makanya hasil paunya pun tak semengah mana la...


Tapi rupanya je la tak seberapa, rasa dan kelembutannya tetap sedap ditekak. Dan semestinya tekak kitaorang la kan...

Untuk Pau ni, saya hanya guna tepung gandum . Sebab tak berapa berkenan nak guna shortening so meng'google' la cari resipi pau yang hanya guna minyak je. Bahan lain untuk buat pau ni seperti dibawah :
  • Tepung gandum
  • Yis mauripan
  • gula pasir
  • air suam
  • garam
  • minyak masak
  • baking powder
Kalau korang nak resipi yang ada sukatan, terpaksa la google ye.. sebabnya saya sendiri pun dah tak ingat ambil resipi tu kat mana dan bagaimana sukatan untuk setiap bahan. Cuma ingat bahan apa yang digunakan je.... sory !!!

Nota Jejari : Suka pau inti kelapa (^_^)

No comments:

Post a Comment