Rutin yang cerewet tapi penting untuk akhir kehamilan


Ada masa memang agak terlupa untuk mengira berapa kali dah baby dalam perut ni bergerak. Ada masa asyik melayan baby bergerak pastu tak ingat pulak la nak mencatat pergerakan tersebut. Kekadang saje ambil kira pergerakan yang paling aktif untuk dicatat , mana-mana pergerakan perlahan yang berterusan even lebih dari 5 kali dalam satu-satu sesi waktu baby bergerak... ada masa catat ada masa tak.


Waktu yang paling kerap terlupa ialah masa keluar outing. Time tu memang kiraan kelaut la. Memang main agak-agak je .

Waktu check up nurse memang akan selalu peringatkan akan peri pentingnnya mencatat atau paling tidak monitor pergerakan dan trend pergerakan bayi. Kalau ada sebarang kelainan elok la terus buat pemeriksaan kat klinik ataupun terus ke hospital.

Sebabnya dah banyak kes ibu-ibu yang terlepas pandang akan pergerakan bayi dalam kandungan mereka, sehingga ke tahap bayi tak dapat diselamatkan. Ada juga kes dimana bakal-bakal ibu ada merasa pergerakan tapi bila dibuat pemeriksaaan Janin yang dikandung sudah tidak bernyawa lagi. Menurut nurse pergerakan yang mungkin dirasai oleh si ibu tersebut sebenarnya disebabkan bayi yang dikandung telah meninggal dunia dan telah mengecut.

Samaada pergerakan yang dirasa lemah dari biasa atau pergerakan yang terlalu kerap atau terlebih aktif atau  trend pergerakan yang lain dari biasa , dinasihatkan untuk bakal ibu terus mendapatkan pemeriksaan. So sebaiknya sentiasa monitor dan fahami trend pergerakan bayi kita la kan.


Nota Jejari : Peringatan buat diri sendiri yang kerap terlupa untuk mencatit..... (-_-)

No comments:

Post a Comment