Hukum guna buah pala dalam masakan


Rasanya semua orang tahu dan kenal buah pala kan?


Tapi tahukah korang buah pala ada dibahaskan hukum penggunaannya dalam masakan ?

Saya baru tahu akan adanya hukum berkaitan buah pala atau rempah buah pala ni. Tu pun sebab ada dibincangkan dalam Majalah Al-Ustaz - Isu no 22 ( Fiqah Kulinari ) (Terbitan Telaga Biru ) di muka surat 24.

Soalan : Saya selalu menggunakan resipi buah pala untuk menimbulkan aroma dan menjadikan masakan lebih menyelerakan. Saya dengar ada ulama yang mengharamkan penggunaan buah pala dalam masakan. Benarkah begitu ustaz ?

Jawapan : Prinsipnya, rempah ratus yang menyebabkan ketagihan, memabukkan atau membahayakan kesihatan haram digunakan dalam masakan. Antara bahan masakan yang telah dipastikan memberi kesan seperti ini ialah daun ganja dan arak.

Buah Pala disebut juga dalam kitab-kitab fiqah sebagai " Jauzat al-Tib". Ulama terdahulu daripada mazhab Hanafi, Maliki, Syafii dan Hanbali melihatnya sebagai bahan makanan yang boleh memabukkan. Begitulah penjelasan imam Ibn Hajar al-Hatami dalam kitab Fatawanya.

Namun begitu, penggunaan rempah buah pala dalam kadar yang sedikit dalam masakan diharuskan. Dr Wahhab alZuhaili berkata dalam al-Fiqh al-Islami: " Tidak mengapa menggunakan rempah pala dan selainnya untuk mewangikan aroma makanan dalam kadar minimum yang tidak menyebabkan mabuk. "

Sungguhpun demikian, ulama tetap menasihatkan agar menggunakan alternatif lain sekirannya didapati lebih selamat.

Nota Jejari : Tak pernah guna sebab tiada resipi yang memerlukan buah pala, kalau ada pun memang tak letak sebab tak de stok :)

No comments:

Post a Comment