Kod warna klinik ibu mengandung


Mungkin bagi yang mendapatkan pemeriksaan di klinik ibu mengandung Klinik Kesihatan Kerajaan mesti ada ditepekkan dibuku pink sticker / pelekat warna tertentu kan?

Cam saya dari mengandungkan anak first sampai la ke anak yang ketiga, memang buku pink tu "terhias' dengan sticker warna hijau. Sebab nya :

  • Anak pertama - berat sebelum mengandung atau masa daftar buat buku pink , kurang dari 45kg
  • Anak kedua - berat sebelum mengandung atau masa daftar buat buku pink , kurang dari 45kg
  • Anak ketiga - Hemoglobin kurang dari 11g% masa daftar buat buku pink
Kandungan kali yang keempat ni merasa la jugak buku pink dengan "hiasan' sticker putih tapi sampai minggu ke 29 je la. Atas faktor kandungan songsang, sticker dah bertukar dari putih ke hijau.


--->

Dulu masa mula-mula mengandungkan anak first, tertanya-tanya jugak apa yang membezakan kod warna putih, hijau , kuning dan merah ni. Ya la masa tu kat buku pink tak de pulak ditulis penerangan tentang kod-kod tu. Tak macam sekarang memang dah tersedia ada kat dalam buku pink.

Kiranya sticker tu memberi gambaran awal buat doktor atau pegawai perubatan berhubung masalah atau risiko yang dihadapi oleh seseorang ibu hamil tu kan . cam:

  • Kod putih untuk ibu hamil yang tiada risiko dan boleh bersalin dimana-mana pusat bersalin termasuk di rumah sendri
  • Kod Hijau dengan risiko tertentu seperti si ibu mempunyai RH negetif , berat badan ibu kurang dari 45 sebelum mengandung, kandungan lebih dari satu, Hb rendah, bayi songsang dan lain-lain masalah lagi yang mana perlu dirujuk kepada doktor atau pegawai perubatan untuk tindakan lanjut jika perlu. 
  • Kod Kuning untuk ibu hamil yang mempunyai masalah perubatan yang memerlukan rawatan bersama dengan hospital , hb kurang dari 9.5gm% dll. Dimana ibu hamil dengan kod ini perlu dirujuk kepada pakar perubatan keluarga / O & G .
  • Kod Merah bagi ibu hamil yang berisiko seperti menghidap sakit jantung, anemia, eklampsia, preeklampsia kontraksi rahim pra matang dll yang memerlukan kemasukan ke hospital dengan segera jika berlaku sebarang masalah dipihak ibu atau kandungan.


Nota Jejari :  sekadar ambil tahu maksud disebalik setiap kod pelekat warna tu je.....

1 comment: