FDA sahkan 5 produk pelansingan mengandungi Sibutramine


Produk-produk berikut telah disahkan oleh FDA mengandungi bahan aktif pelangsing badan:

i. Citrus Fit Gold – sibutramine

ii. Thinogenics – sibutramine

iii. Hot Detox – sibutramine

iv. Dream Body Slimming Capsule – sibutramine

v. Magic Slim - sibutramine

Untuk makluman info berkaitan Sibutramine adalah seperti berikut :
  • Sibutramine adalah ubat terkawal yang digunakan untuk rawatan obesity. 
  • Ubat-ubatan yang mengandungi sibutramine telah ditarik balik pendaftarannya di Malaysia pada 23 Disember 2012 atas sebab peningkatan risiko kesan advers kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok. 
  • Antara kesan sampingan lain yang biasa dikaitkan dengan sibutramine adalah :
    • peningkatan tekanan darah dan kadar denyutan jantung,
    • kering mulut dan tekak,
    • muntah,
    • cirit-birit,
    • pening,
    • sakit kepala
    • dan kesukaran tidur.
Untuk mengetahui status sesuatu produk, ianya boleh disemak melalui laman sesawang www.bpfk.gov.my, www.pharmacy.gov.my atau boleh pindah turun myhealth dari Play Store bagi telefon bimbit yang menggunakan android.

Menjual produk tidak berdaftar adalah salah disisi undang-undang dan penjual yang disabitkan kesalahanya boleh didenda sehingga RM25,000.00 atau penjara sehingga 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

Sumber : FB Page Jom Kenal Ubat

Nota Jejari : Tiada jalan senang untuk kurus....

No comments:

Post a Comment