Ayam masak sos


Menu campak-campak aje....


Bila perut dah semakin kedepan, dah penghujung tempoh jadi mak buyung ni ada masa memang tak larat nak berdiri lama-lama. So dapat buat menu simple macam ni pun dah okey. Menu ni juga sesuai la tuk orang yang tak punya banyak masa kan.

Just garam kunyit kan ayam yang siap dipotong kecil-kecil. Pastu goreng sebentar sampai setengah masak, then keluarkan ayam dari kuali terus la campak bahan tumis ikut suka hati, nak letak serai pun boleh tak nak letak pun tak pa. Yang penting ada bawang besar, bawang putih, halia ( tu pun kalau suka la kan, tak nak letak pun tak pa) lada/cili yang dah dihiris, Pastu tuang je sos tomato dan sos cili sikit. bila dah semua bahan tu sebati dan layu letak ayam yang dah digoreng tadi. Kacau sikit sampai ayam masak sepenuhnya then baru la diletak tomato yang dah siap dipotong-potong. Mudah je kan.

Kuantiti setiap bahan bergantung pada sebanyak mana potongan ayam yang digunakan. Juga pada yang suka rasa pedas lebihkan cili/lada dan mana yang suka bawang ikut suka la nak letak bawang banyak mana asalkan jangan nampak bawang je ayamnya tersembunyi. Nnati jadi goreng bawang pulak kan....


Nota Jejari : Kekadang lauk yang simple dimple tu yang membuka selera.... 

No comments:

Post a Comment