Awas dengan panggilan dari 03-2178 8888


Sekadar perkongsian dari FB Page Polis DiRaja Malaysia:


Spoof Alert !

Orang ramai diminta untuk tidak menjawab panggilan daripada nombor 03-2178 8888. Pemanggil yang memperkenalkan dirinya sebagai staf Ambank akan memberitahu bahawa anda mempunyai baki kredit kad yang belum dibayar dan diminta membuat bayaran dengan segera. MCMC sedang menyiasat kes ini. Sila laporkan kepada kami di aduanskmm@cmc.gov.my, jika anda menerima panggilan tersebut.

*Apa itu spoofing?
Pemanggil cuba menipu dengan meniru (spoof) nombor telefon sesebuah syarikat yang sebenar. Mereka mahu mencuri maklumat sensitif seperti nombor akaun bank, kad kredit atau butiran log masuk ke laman perbankan dengan menyamar sebagai staf daripada bank atau syarikat kad kredit anda.

Sumber : FB Page Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

Bermacam cara penipuan sekarang ni..so jika korang terima panggilan dari sebarang nombor yang meminta anda update maklumat akaun bank, kad kredit atau butiran online banking , sila la beehati-hati dan jangan sesekali mendedahkan maklumat yang diminta. Lebih baik anda pergi sendiri ke mana-mana cawangan bank untuk sebarang urusan berkaitan perbankan anda.



Nota Jejari : selalu dapat panggilan dari 2 , 3 nombor yang sama berulang kali. Tak pernah angkat tapi ada masa rasa rimas jugak sehari sampai 2, 3 kali panggilan dari nombor yang sama.

No comments:

Post a Comment