koleksi bekal anak ke sekolah


Baru masuk minggu kedua berpantang tapi dah terasa rindu nak sediakan bekal untyk si kakak. Actually bukan rindu tapi lebih kepada kesian melihat si kakak hari-hari bawak bekal roti. Bukan abahnya tak boleh belikan nasi lemak atau mee mahupun bihun tapi si kakak tak minat nak makan mehu bekal yang dibeli sebegitu.

Tak pa la.. sebulan lebih tak lama mana. Pejam celik pejam celik sedar-sedar mama dah pun habis berpantang nanti. Kalau ikut hati rasanya mampu je nak sediakan bekal dalam tempoh awal berpantang ni. Tapi kena sedar diri la jugak, mama 2 minggu awal langsung tak berani nak amalkan apa-apa ubat atau herba dari mana-mana set bersalin. Badan ada masa memang rasa lemah sikit, tapi demi baby dan tak nak kuning baby susah nak turun bersabar je la untuk tempoh paling kurang 2 minggu pertama ni. Supplement ????

Hmmm culas jugak mengambilnya. Nasib la badan...

ok la sebagai kenang-kenangan gambar bekal yang sempat di snap diabadikan di blog ni... just menu bekal simple2 je masih tak mampu dan sememangnya tiada seni nak sediakan bento. Lagipun si kakak bukan makan sangat, asyik nak makan cepat sebab nak bermain dengan kawan je....so bekal camni pun dah ok....








Nota Jejari : si kakak pun tak sabar tunggu mama hbis pantang...

No comments:

Post a Comment