Kek Cheese Lapis Oreo


Kalau tak kerana ada yang membuat tempahan memang tak terbuat la kek cheese lapis oreo ni untuk makan-makan sendiri. Kebetulan ada yang menempah dan baki biskut oreo banyak lagi, dan tekak terasa nak menikmati gabungan oreo dan cheese maka lepas siapkan tempahan terus godek buat untuk sendiri. Lagipun mudah je kan nak membuatnya. Bukan payah bakar ke kukus ke kan. Cuma cerewet sikit part nak susun dan sapu cheese atas lapisan biskut tu je.


Pada peminat biskut oreo dan cheese bleh la try buat. Resipi ada kat bawah. Yang pasti pada saya resipi ni mudah dan rasanya sedap.....

Kek Lapis Oreo

Bahan-Bahan: (loyang 8x8inci)
A:


Biskut Oreo secukupnya

B:

500 gm cream cheese (Philadelpia/Tartura)
20 ml susu segar/cair
1/2 cawan gula halus
Sedikit perahan lemon

Caranya :
  1. Satukan cream cheese dan gula halus,pukul sebati.
  2. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair.
  3. Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan dulu.
  4. Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
  5. Susun biskut dalsm bekas
  6. Pastu sapukan adunanan cheese diatasnya, ratakan.
  7. Ulang proses 5 & 6 hingga lapisan terakhir ialah lapisan cheese
  8. Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu di atas lapisan cheese.
  9. Tekan2 sikit permukaan ..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.




Nota Jejari : kalau buat kek oreo lapis cheese leleh mesti sedap iugak kan...

No comments:

Post a Comment