Pau Lembut


Rasanya majoriti resipi yang dikongsi kat alam maya ni akan menghasilkan pau yang lembut kan?

Kena cara dan bahan yang digunakan serta teknik mengukus yang betul, sesiapa pun mampu mendapatkan hasil pau yang lembut dan gebu. Tu pendapat saya la..


Tapi rasanya ada perbezaan dari segi tekstur pau jika kita menggunakan tepung khusus untuk membuat pau berbanding dengan hanya menggunakan tepung gandum biasa. ikut selera masing-masing juga ada yang suka makan pau 'kampung' yang mana teksturnya dan rupanya tak selembut dan segebu pau yang menggunakan tepung khusus dan ada penggunaan bread softener.

Saya lebih suka pau 'kampung' inti kelapa. Jika pau moden yang gebu gebas tu saya lebih berkenan dengan inti kacang merah. Korang pulak lebih suka rasa tradisional pau 'kampung' atau lebih menyukai pau 'segera' atau pau yang dijual dikedai yang lebih lembut dan lebih gebus ?


Untuk kali ni saya just nak kongsi resipi pau lembut yang dah dicuba dan hasil paunya seperti yang korang boleh nampak dalam gambar kat atas ni. Seperti sebelum ni saya lebih suka menggantikan shortening @ lemak sayuran dengan minyak sahaja, dan bread softener juga saya tak guna. Hasilnya tetap lembut.

Bagi yang nak tahu bagaimana hasil sebenar pau yang menggunakan resipi dibawah ni kena la korang cuba sendiri ya. Terpulang pada korang nak ikut 100% resipi dibawah atau boleh cuba gantikan shortening dengan minyak.


Pau Lembut
Resepi : Kak Ton@myResepi.com
Sumber : Tun - Life is a constant battle
Sumber : mas

Bahan-bahan :
  • 250g @ 2 1/2 cawan tepung pau - diayak ( pakai tepung gandum pun boleh ) Mas guna tepung gandum jerk
  • 3g @ 3/4 sudu teh - yis kering
  • 2g @ 1/2 sudu teh - baking powder
  • 50g @ 4 sudu makan gula castor 
  • 20g @ 1 sudu makan - lemak sayuran ( shortening ) tak letak, ganti dengan minyak
  • 2g @ 1 sudu teh - bread softener - tak letak
  • 1/2 cawan air suam
Cara :
  1. Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan.
  2. Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
  3. Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat @ licin
Jika menggunakan Bread Maker :
  1. Masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start
  2. Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.
Nota :
Jika menggunakan Bread maker, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam.

  • Bahagikan doh kepada 10 bahagian.
  • Masukkan inti dan tutup kemas.
  • Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi (2" x 2 ") dan susun didalam pengukus.
Untuk inti :
bolehlah menggunakan inti apa saja, mengikut kesukaan.

  • Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.
Untuk mengukus :
  1. Didihkan air didalam periuk pengukus. 
  2. Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. 
  3. Kukus pau selama 10 minit.

TIps :
  • Air perlu lah betul2 panas @ mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu.Bagi megelakkan pau anda mengerutu dan kemek..
  • mengukus pau cuma 5 - 6 minit sahaja dan apabila masak, angkat bahagian kukusan yang ada pau dengan penutupnya sekali kebawah, barulah buka penutupnya. 
  • Apabila penutupnya di buka semasa pau masih di kukusan, wap akan masuk maka pau anda yang sedang mengembang, terkejut, lalu kemek dan mengerutu..

Nota Jejari : selamat mencuba.....

4 comments:

  1. bru td buat pau ni..ikot sebijik cara awak.mmg lembut gebu..rugi x cube..mule je x cnfident..dpt la 12 ktui

    ReplyDelete
  2. Sudah di cuba hasilnya πŸ‘caranya mudah hasilnya memuaskan.terimakasih atas recepi
    nya...😊😊😊

    ReplyDelete
  3. Macamana kaler pau tu boleh putih cantik ye? saya buat kaler diakekuningan, ikut kaler yis

    ReplyDelete
  4. Yg d uli memang tak masuk gula caster ke?

    ReplyDelete