7 Wanita Mati selepas hidu sampel wangian



Tujuh wanita telah meninggal dunia selepas mencium sampel perfume percuma yang telah diposkan kepada mereka. Produk ini adalah beracun. Jika anda menerima sampel percuma melalui pos seperti losyen, minyak wangi, dan lain-lain lampin membuangnya. Kerajaan takut bahawa ini mungkin perbuatan yang lain. Mereka tidak akan mengumumkannya di dalam berita kerana mereka tidak mahu menimbulkan panik atau memberi idea-idea baru pengganas. Hantar ini kepada semua kawan-kawan dan ahli keluarga. Drpd:

Mei ling

Gleneagles Hospital Limited

Jabatan Sumber Manusia
Tel: 03-4270 3474 03-4270 3474
Fax: 03-4270 3472
Pernah terserempak dengan perkongsian cerita seperti di atas ?

Untuk makluman , sebaran cerita yang mengatakan bahawa 7 Wanita Telah Meninggal Dunia Selepas Mencium Sampel Perfume yang diposkan kepada mereka adalah tidak benar. Ianya palsu semata-mata.

Malah Pihak polis dan pihak Hospital Gleneagles juga telah menafikan kesahihan berhubung sebaran ini. Actually cerita ni dah tersebar lama dah. Kiranya dah basi dah pun cerita ni, tapi setiap tahun ada je yang sebarkan semula cerita dan rasanya ada je yang percaya kot. 

Harapnya lepas-lepas ni tak da la dah yang percaya dengan sebaran cerita ni dan harapnya juga orang yang suka sebarkan info palsu sebegini akan berhenti.  

Untuk kita-kita orang awam yang selalu disogok dengan pelbagai perkongsian di laman sosial tidak kira di facebook, twitter mahupun blog agar tidak mudah percaya dengan sebaran sebegini. Seeloknya dapatkan pengesahan terlebih dahulu sebelum berkongsi mengenainya dengan orang lain ya....


Sumber : FB Polis Di Raja Malaysia

Nota Jejari : ada sesetengah sebaran di facebook, baca boleh percaya jangan .. cari kesahihan sesuatu sebaran tu dulu baru kongsikan dengan rakan yang lain...

No comments:

Post a Comment