AWAS! Collagen Slim , mengandungi sibutramine


Just entry perkongsian berkaitan produk tidak berdaftar yang juga telah disahkan mempunyai racun berjadual "Sibutramine". Info produk seperti dibawah ya :

So pada yang berkenaan sila take note dan ambil tindakan segera untuk tidak lagi menggunakan atau menjual produk ini ya!!!!

PRODUK TIDAK BERDAFTAR:
COLLAGEN SLIM
Diskripsi produk






  

Supplemen tambahan dalam bentuk softgel berwarna biru.
Indikasi pada label

Sebagai supplemen tambahan
Ramuan pada label

Cassia Seed Extract,
Coicis Extract,
Mustard Extract,
Medical Amylum,
Collagen,
Vitamin A,
Vitamin B1,
Vitamin B6

Cara makan

1 softgel diambil semasa perut kosong sebelum sarapan.



Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, KKM telah mendapat maklumat bahawa pihak regulatori Australia, Therapeutic Goods Administration (TGA), telah mengesan produk ‘Collagen Slim’ mengandungi bahan racun berjadual sibutramine.

Kandungan sibutramine di dalam produk ‘Collagen Slim’ juga didapati melebihi dos yang dibenarkan. Semakan mendapati produk ini dipromosikan dan dipasarkan melalui penjualan internet untuk kecantikan serta penurunan berat badan. Label pada produk ini mengelirukan pengguna dengan menyatakan ia hanya mengandungi ramuan semulajadi.


Sedikit Info berkaitan Sibutramine
  • Sibutramine adalah ubat terkawal yang digunakan untuk rawatan obesiti. 
  • Ubat-ubatan yang mengandungi sibutramine telah ditarik balik pendaftarannya di Malaysia pada 23 Disember 2012 atas sebab peningkatan risiko kesan advers kardiovaskular. 
  • Antara kesan sampingan lain yang biasa dikaitkan dengan sibutramine adalah peningkatan tekanan darah dan kadar denyutan jantung, kering mulut dan tekak, muntah, cirit-birit, pening, sakit kepala dan kesukaran tidur.

PERINGATAN !!!!!

Jika korang sedang menggunakan produk “Collagen Slim” adalah dinasihatkan supaya SEGERA menghentikan pengambilan produk ini atas sebab risiko penggunaannya yang boleh memudaratkan kesihatan.

Korang juga dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dan tidak mudah tertipu dengan produk-produk kesihatan yang banyak dipromosikan melalui penjualan internet.

Bagi sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai produk tidak berdaftar ini dinasihatkan supaya dapat menghubungi Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia di talian 03-78413200 atau mana-mana Cawangan Penguatkuasa Farmasi yang berdekatan atau e-mel kepada pharmacy1@moh.gov.my bagi menyalurkan maklumat agar tindakan sewajarnya dapat diambil bagi membenteras pengedaran produk ini di pasaran.


korang juga boleh menyemak status pendaftaran sesuatu produk dengan menghubungi BPFK di talian 03-78835400 atau melayari laman sesawang www.bpfk.gov.my.

Sumber : KENYATAAN AKHBAR  : AMARAN KEPADA ORANG AWAM MENGENAI PENGAMBILAN PRODUK TIDAK BERDAFTAR ‘COLLAGEN SLIM’ DAN ‘BEAUTIFUL SLIM BODY’
Nota Jejari : Harap disebarkan agar lebih ramai yang tahu dan alert tentang hal ini ya (^_*)

No comments:

Post a Comment