CheeseKut ; mudah dan sedap...


Kudapan jenis kek yang mudah untuk disediakan...

Betul-betul mudahhhhh dan sedapppp!!!!

CheeseKut
Opkos la bagi yang minat cheese kan... kalau yang kurenggg ngan rasa cheese tu pastinya ada pendapat yang lain kannn...

Cheesekut ni pun dah lama jugak buatnya.. Buat ni masa belum bersalin dulu lagi. Bila dah habis pantang ni baru la mencari masa nak update kesemua entry yang dah berkurun tertangguh...

Okey la untuk resipi cheesekut yang mudah ni korang boleh tengok dibawah ya.

Pada saya la kan antara biskut cream crackers yang biasa dengan deluxe cream crackers , saya lebih prefer biskut deluxe cream crackers lagi untuk buat cheesekut ni. Sebabnya, deluxe lebih sedap kalau cream crackers biasa tu akan ada rasa masin la sikit. Tu pada pendapat saya.. lain orang lain pulak citarasanya kan...

So terpulang pada korang nak pilih biskut yang mana satu..

Even bahan sampingan pun korang boleh pelbagaikan. Tak semestinya kena lapiskan dengan nestum dan tabur serbuk milo kat bahagian atas cheesekut tu kan.

Kalau korang suka korang boleh lapis dengan filling kesukaan korang atau boleh juga lapis dengan serbuk oreo ke atau lepis dengan buah segar pun boleh jugak. Bahagian atas  sekali nak tuang topping coklat atau hias dengan buah pun boleh aje.

Kalau nk buat cheesekut leleh pun okey jugak ....


Resipi Cheesekut:

Bahan-bahan:
  • 1 pek biskut deluxe crackers ( jenama ikut suka )
  • 1/2 tin susu pekat (kurangkan jika suka ~ sy letak 1/4 je)
  • 250g cream cheese 
  • 4 sudu besar fresh milk & 1 cawan fresh milk 
Bahan sampingan :
  • Milo 3 in 1 & nestum atau ikut tekak korang la nak letak apa

Cara-cara:
1. Potong cream cheese kecil-kecil untuk mudah proses memutar
2. Tuang susu pekat
3. Masukkan 4 sudu besar fresh milk
4. Putar sebati
5. Ketepikan
6.Sediakan bekas yang sesuai
7. Celup biskut deluxe crackers ke dalam fresh milk ( jangan celup lama nanti lembik sangat pulak ya )
8. Susun dalam bekas
9. Kemudian lapiskan dengan adunan cream cheese tadi , tabur nestum
10. Ulang langkah 7, 8 & 9 sehingga habis .
11. Hias atau tabur milo
12. Sejukkan di dalam peti ais sekurang-kurangnya 6 jam..

Nota Jejari : Selamat mencuba....

No comments:

Post a Comment