Dapur Jenis kaca Mudah Meletup ?


Ikutkan memang ada keinginan untuk pasang dapur gas jenis kaca atau "Tempered Glass" bila dah pindah masuk rumah sendiri nanti.

Tapi...

Bila terbaca perkongsian di Facebook tentang dapur jenis kaca atau "Tempered Glass" ni sedikit manja dan mudah "meletup"


Rasanya tak perlu la kot.

Dari pengalaman mereka-mereka yang dah pernah pakai dapur jenis ni, dapur jenis kaca ni :

  • Tak tahan panas sangat kot, so kalau nak masak sesuatu masakan yang mengambil masa yang panjang atau memasak secara marathon pas satu masakan then satu masakan lain mungkin kurang sesuai. Tapi bergantung pada jenama dapur tu jugak kot. Sebab ada yang dah pakai lama sampai 8 ke sepuluh tahun tiada masalah dapur meletup pun. Ada juga yang baru pakai tak sampai sebulan dah meletup bagai. So ikut nasib juga kot
  • Dapur jenis ni manja sikit , tak boleh dilap sewaktu masih panas means lepas masak tak boleh terus lap dapur tu. Kena tunggu sejuk then baru boleh lap.
  • Tak boleh lap dengan kain basah
  • Jangan letak periuk or cerek yang panas atas kaca dapur tu ya
  • Pilih la dapur yang memang ada jenama, dan ada waranty. Apa-apa pun ikut nasib juga kekadang yang berjenama pun ada yang tak okey.
Mungkin lepas ni kena consider dapur camni pulak kot :




Nota Jejari :  Dapur gas yang sedia ada sekarang dah 8 tahun pakai....

No comments:

Post a Comment