DNA Khinzir : Coklat Cadbury Hazelnut dan Roast Almond Sah ada porcine


Semalam ( 23hb Mei 2014) tersebar di Laman Sosial keratan laporan berkaitan Coklat Susu Dengan Kacang Hazel - Cadbury Dairy Milk yang dikesan mengandungi DNA Khinzir ( Porcine ). Keratan Laporan terbabit seperti di bawah :


Walau pun ejaan Cadbury di salah eja sebagai Cabbury, tapi rata-rata yakin laporan tersebut adalah benar.

Hari ini Kementerian Kesihatan telah mengesahkan bahawa 2 produk keluaran Cadbury memang sah mengandungi DNA Khinzir ( Porcine ) iaitu :

  1. Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (batch no.) 200813M01H I2 yang bertarikh luput 13 November 2014; dan
  2. Coklat Susu dengan Buah Badam - Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (batch no.) 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015.

Manakala sampel  Coklat Susu - Cadbury Dairy Milk Chocolate tidak dikesan DNA khinzir (porcine).






Sumber : Food Safety and Quality Division ( Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan )

Nota Jejari : Masih ada pilihan jenama lain lagi....

3 comments:

  1. cadbury yg batch slain ni pn da dna khinzir jgk ke? saja tanya sbab sya ada stok cadbury kat rumah tapi yang batch yang lain,

    ReplyDelete
  2. ban semua produk Cadbury. Jadi kan ini satu pengajaran buat mereka.

    ReplyDelete
  3. saya tertarik kepada apa yang ditulis selanjutnya iaitu "tiada akreditasi SAMM. keputusan analisis berdasarkan sampel yang diterima. Keputusan ini tidak sah kecuali dengan laporan lengkap dan pengesahan pihak makmal." setakat ini tiada laporan lengkap dan pengesahan pihak makmal berhubung keputusan yang dinyatakan melainkan tindakan yang dibuat oleh JAKIM yang merujuk makmal Jabatan Kimia dan mengesahkan Cadbury halal. Wallahualam.

    ReplyDelete