Donut Pisang ; lembut dan sedap...


Kat rumah ni kalau buat donut memang laku...

Terutama kalau donut tu lembut dan buat size comel-comel, lagi la cepat habis.

Dah selalu sangat buat donut plain, sesekali tukar selera buat donut pisang okey jugak kan.


Dari segi rupa luaran memang tak de beza pun dengan donut biasa. Even bila dah dipotong dua tak nampak sangat jugak perbezaannya.


Mungkin faktor uli guna Bread maker dan jenis pisang yang digunakan , hasilnya dari segi rupa tiada beza dengan donut biasa.

Tapi bila donut ni dah masuk mulut baru la kelainan tu terasa. Sedap ...

Sedap bagi yang suka kuih yang ada rasa pisang la kan.

So pada yang nak rasa kelainan boleh la cuba resipi di bawah ni ya:

Donut Pisang
Sumber : Zalinah @ Rempah ratus

Bahan-bahan:
500 gm tepung gandum
2 sudu makan gula
2 sudu besar susu tepung
11 gm yeast
1 biji telur
50 gm butter
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh soda bicarbonat
1 cawan pisang lecek - saya guna pisang emas
1/4 cawan air (- +) - ikut kelembutan

Cara-cara:
Yeast dilarutkan beersama sedikit air.
Satukan semua bahan kecuali pisang lecek dan air. Gaul sebati.
Masukkan pisang lecek dan air sikit demi sedikit sehingga menjadi doh lembut.
Rehatkan doh sebentar dlm 20 minit.
Uli dan bulat2kan dalam 35 gm sehingga habis. Tutup dgn kain lembap .
Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.
Salut bersama gula aising.
Sedia dihidang.
Nota Jejari : Macam-macam rasa boleh dipelbagaikan.. donut kentang , donut pisang , donut labu , 

1 comment:

  1. Salam ukhuwah..nyum2 sedapnyer..teringin nak makan :)

    ReplyDelete