Lasmi @ Lami Ubat kurus yang memudaratkan


Satu lagi Ubat Pelansing & Kurus yang tersenarai dalam status Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia yang telah disahkan mengandungi Sibutramine :



Actually produk ini telah disahkan mengandungi sibutramine tahun 2009/2010 lagi. Rasanya produk ni masih ada dijual / dipasaran . Mengikut komen-komen dari mereka-mereka yang pernah menggunakan produk ni, memang akan dapat hasil atau boleh kurus dalam masa yang singkat.

sumber : sini

Tapi walau secepat mana pun hasilnya harap pada yang masih mengambil produk ini agar berhati-hati dan sebolehnya berhenti dari mengambil produk ini. Kerana mana-mana produk yang mengandungi sibutramine risiko penggunaannya boleh memudaratkan kesihatan. 

Info Sibutramine : 
Bahaya Sibutramine yang dicampurkan dalam ubat kurus & pelansing kerana ia bertindak sebagai perencat selera makan di otak. Sesiapa yg mengambilnya akan rasa tidak lapar dan tidak mahu makan

Antara kesan sampingan sibutramine:
  • Stroke
  • Sakit jantung
  • Sakit dada
  • Sesak nafas
  • Kemurungan
  • Kekeliruan
  • Kekejangan otot
  • Sawan
  • Jantung degup laju
  • Pening - pening
Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah menggantung semua pendaftaran produk yang mengandungi Sibutramine pada Oktober 2010

Untuk pertanyaan lanjut hubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan di talian 1800 88 6722 (Isnin-Jumaat; 8pg-5ptg) atau layari laman sesawang Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) www.bpfk.gov.my

Sedikit info yang diambil dari internet berkaitan produk ini :
  • Kapsul Lasmi ini dulunya dikenali dengan nama Lami
  • Produk Lasmi dikatakan mengandungi ramuan yang lebih berkhasiat dan dikemas secara modern berbanding produk terdahulu. 
  • Produk ini mampu menurunkan berat badan 2-3 kilogram dalam masa 2 minggu saja sehingga akan cepat melangsingkan badan anda. 
  • Selain untuk badan, kapsul ini juga dapat bermanfaat untuk mencerahkan kulit wajah serta membuat badan lebih segar.



Nota Jejari : Jangan kerana ingin kurus cepat kita tolak tepi nasihat akan bahaya sesuatu produk tersebut...

No comments:

Post a Comment