Muffin Coklat Kukus


Actually dah lama buat Mufin Coklat Kukus ni. Cuma tiada kesempatan waktu untuk kongsi di blog ni aje.


Untuk kali ni saya cuba resipi dari Chef Hanieliza. Resipi ni boleh didapati di buku " 1 Hari 1 Resipi ; 365 Resipi Istimewa Chef Hanieliza ".

Muffin ni dibuat setelah agak lama tak membaking sebarang kek / muffin coklat versi kukus. Punya la lama tak buat sebarang kek coklat sampai anak-anak pun request minta mamanya ni buatkan kek coklat. So sebagai memenuhi permintaan anak-anak tu yang try resipi dari chef Hanieliza ni.

Rasanya mana-mana resipi kek coklat bahan yang digunakan dan cara membuatnya hampir sama je kan. Cuma yang membezakan mungkin kuantiti setiap bahan yang digunakan dan juga kaedah atau cara membuatnya saja. Rasa atau hasilnya pula mungkin berbeza kan.


Bagi yang nak cuba resipi disediakan dibawah ya:

Bahan A:

  • 220gm tpg gandum
  • 1 sdt baking powder
  • 1 sdt soda bikarbonat
  • 2 sdm serbuk koko
  • 1 1/2 cwn gula perang
Bahan B:
  • 2 bj telur
  • 1 sdt esen vanilla
Bahan C:
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn minyak jagung
  • 1 cwn air panas
Cara membuatnya :
  1. Gaulkan semua bahan A ke dalam mangkuk sehingga sebati
  2. Campur bahan B di dalam mangkuk berasingan. Kemudian masukkan ke dalam mangkuk bahan A. Kacau rata
  3. Masukkan bahan C ke dalam adunan bahan A. Kacau rata.
  4. Panaskan kukusan sehingga mendidih dan lapikkan acuan kertas ke dalam mangkuk acuan kecil.
  5. Masukkan adunan ke dalam kukusan dan kukus selama 30 minit
  6. Sejukkan dan hias mengikut cita rasa.



Nota Jejari : Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment