Kek Butter Cheeese versi berkerak terlebih


Buat kek ni dalam misi untuk menghabiskan baki cheese . Kebetulan ada lebihan 125g cream chesee memang gam gam untuk buat satu adunan kek ni.

Tapi...

Terlebih bakar la pulak...


Bagi yang suka kek yang berkerak memang sesuai la kejadian terlebih bakar ni dengan selera kan.

Saya ?

Suka aje.. Bukan kerak yang keras atau ada rasa hangit pun. Bak kata omputih "don't judge a book by its cover".. Rupa je yang buruk ,bahagian dalam kek tetap maintain sedap... Kat tekak kami la kan... hihihi

Cuma kalau nak hidang kat tetamu atau nak tayang kat blog ni macam kurang menarik je di pandangan mata.


Untuk kek ni saya guna resipi seperti di bawah :

Kek Mentega Keju
Resepi asal : Chef Norzailina


Bahan-bahan
  • 170 gm mentega 
  • 125 gm krim keju 
  • 250 gm gula kastor 
  • 5 biji kuning telur 
  • 210 gm tepung serbaguna } -guna tpng gandum pun boleh
  • 1½ camca teh serbuk penaik } diayak 
  • 2 camca teh vanila 
  • 5 biji putih telur 
  • 1/8 camca teh garam 

Cara membuat
  1. Putar mentega dan krim keju hingga kembang dan pucat warnanya. 
  2. Masukkan sedikit demi sedikit gula, pukul. Ulangi hingga habis. 
  3. Bubuh sebiji demi sebiji kuning telur, putar sebati. 
  4. Masukkan pula tepung, pukul perlahan. Tambah vanila. Ketepikan dulu.
  5. Dalam mangkuk bersih yg lain, pukul putih telur hingga berbuih. 
  6. Masukkan garam, putar lagi. Bila kental, bubuh 1/3 ke dalam adunan tadi. 
  7. Kacau perlahan dan tambah lagi 1/3 bahagian. Ulang hingga habis. Kaedah kaup balik.
  8. Ratakan adunan ke dalam tin empatsegi 22 cm yang dialas kertas kalis minyak dan di sapu mentega.. 
  9. Bakar pada 170 C selama 1 jam atau hingga masak. 
  10. Keluarkan, biar atas redai 10 minit sebelum dikeluarkan dari tin.

Nota Jejari : Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment