Kek Minyak Versi Kukus


Sebelum ni pernah buat kek minyak juga. Tapi yang tu versi bakar ( rujuk entry "Kek minyak yang gebu dan sedap...." ). Kali ni cuba buat versi kukus pulak.


Try buat separuh adunan je dah tu tersilap terguna bekas besar jugak. Dah hasilnya kek yang rendah sahaja...Versi kukus ni sepatutnya menghasilkan kek yang gebu juga. Tapi dek kerana tersilap teknik masa mengukus makanya kek yang terhasil pun tak gebu mana...


Tah la asyik tersilap je. Gini la gaya bila buat dalam keadaan nak cepat. Bila dah beranak kecik ni serba serbi kerja buat dalam keadaan tergesa-gesa terutama bila baby dah start merengek plus abahnya tiada untuk tengok-tengokkkan dia.

Ok la resipi kek minyak kukus ni sama je dengan versi bakar. Cuma kaedah memasak je yang membezakan keduanya. Resipi seperti dibawah ya.

RESEPI KEK MINYAK
Original : MyResipi
Sumber : LiNa Pg

Bahan-bahan ( 8x8inci / 9in)
  • 5 biji telur
  • 3/4 cawan gula halus (LiNa Pg gn 1/2 cawan gula kastor)
  • 2 cawan tepung gandum 
  • 1 sk baking powder
  • 1 cawan susu pekat (LiNa Pg gn 3/4cawan)
  • 1 sudu besar ovallate
  • 1 cawan minyak masak
  • perasa nenas / pisang / ape2 ikut suka/pewarna
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara-cara membuatnya : 
  1. Panaskan oven suhu 170'C
  2. Ayak tepung gandum bersama baking powder.Ketepikan
  3. Lenser loyang kek dgn mentega.Alaskan dengan baking paper.
  4. Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang.
  5. Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap.
  6. Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
  7. Akhir sekali masukkan gandum. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan adunan kepada 3 warna.
  8. Tuangkan ke dalam loyang, marble ikut kreativiti
  9. Kukus hingga masak.
  10. Biarkan kek sejuk barulah dipotong dan hidangkan.


Nota Jejari : Suka kedua-dua versi kek minyak kukus dan bakar....

2 comments:

  1. Versi mana pun xpe janji sedap kan?
    Terima kasih sudi cuba resepi ni....LiNa Pg

    ReplyDelete