Kuih Lapis : suka makan lapis by lapis


Budak-budak kat rumah ni suka makan kuih lapis dengan cara makan lapis by lapis. Diaorang akan leraikan satu persatu lapisan kuih lapis tu , means lerai satu lapisan then makan pastu leraikan lagi sampai la habis satu potongan kuih tu.

Korang pernah tak makan kuih lapis style camtu?

Asyik jugak melayan makan kuih lapis style makan lapis by lapis ni tau... tu kalau kuih lapis yang elok kejadiannya la kan. Kalau terlembik sikit tak de makna nak tanggal lapis by lapis camtu. Makan je la cam biasa ...



Actually ni kali ke-3 try buat kuih lapis. Ketiga-tiga percubaan menggunakan resipi yang berbeza. 2 resipi menggunakan bahan yang hampir sama cuma kuntiti setiap bahan je yang berbeza dan satu resipi tu pula perbezaannya pada penggunaan tepung Hoon Kwe.



Untuk lihat hasil kuih lapis sebelum-sebelum ni korang boleh terjah ke entry :

Untuk resipi kuih lapis percubaan kali ketiga ni, bahan dan cara membuatnya seperti di bawah :

Bahan-bahan :
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 3 sudu makan tepung ubi
  • 4 cawan santan cair
  • 1 cawan gula
  • Secubit garam untuk melemakkan
Cara membuatnya :
  1. Campurkan semua bahan dan kacau sebati.
  2. Tapis dan bahagi 2 adunan dan letak warna kesukaan ( ikut suka nak buat 3 warna bahagikan kepada  3 bahagian )
  3. Panaskan kukusan
  4. Sapu acuan dengan minyak dan letak adunan lebih kurang 1 senduk
  5. Kukus setiap lapisan dalam anggaran 5 minit atau sehingga lapisan tersebut agak-agak keras sedikit
  6. Lapisan terakhir dikukus 10 minit 
  7. Sejukkan dahulu baru dipotong.


Nota Jejari : Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment