Buat Sendiri Tungku / Tuam Bayi


Sebelum bersalin dulu memang ada plan nak beli tungku / tuam bayi sebagi persediaan kalau baby kembung perut atau ada tanda-tanda macam nak terkena "angin pasang" (istilah orang  dulu-dulu).

Tapi...

Tah camna tak terbeli la pulak. Mungkin masa tu duk timbang tara penting atau perlu atau tidak Tungku / Tuam tu.

Bila dah bersalin dan tetiba baby kena kembung perut plus baby asyik mengeran je mengeliat terlebih je. naik risau la pulak. So google pasal tungku / tuam bayi terjumpa satu blog yang berkongsi cara-cara buat tungku / tuam bayi tu.

So decide try buat sendiri dan ini la hasilnya :


Boleh la kan, sebagai satu usaha dari seorang mama. Guna Lada Hitam je pun,  kain pun guna mana yang ada kat umah je.

Thanks pada puan empunya blog " Diary of ana " atas perkongsian homemade @ DIY Tungku Bayi a.k.a Tuam bayi ni.

Bagi yang berhajat untuk mencuba buat sendiri boleh lihat bahan dan cara membuatnya di bawah:

Secara ringkas bahan yang diperlukan :

  • 2 helai kain cotton saiz berbeza ( 1 besar , 1 kecil ) ukuran saiz agak-agak je la eik
  • Tali 
  • Lada hitam 
  • Kapas muka 
  • Getah 
Cara membuatnya boleh rujuk dalam gambar dibawah ya:



Untuk keterangan yang lebih lanjut boleh rujuk di blog tengkuputeraputeri.blogspot.com.


Nota Jejari : Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment