Hukum makan dakwat sotong .


Tak pernah ambil tahu berkaitan hukum makan dakwat sotong sebab sedari kecil dah di ajar buang dakwat sotong bersih-bersih sebelum di masak. Even tahu ada resepi sotong masak hitam yang mana memang menggunakan dakwat sotong, tak pulak terfikir persoalan tentang hukum memakannya. Ya la kan kekadang kita ni apa yang tak de kaitan secara langsung dengan kita , kita malas nak ambil tahu.


Sampai la terserempak dengan perkongsian di laman mukabuku milik JAKIM berkaitan persoalan hukum memakan sotong yang dimasak sekali dengan dakwatnya.

Keputusan:  Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu Kali Ke Lima Penggal Ke Sembilan yang bersidang pada 7 Disember 2011 bersetuju untuk mengekalkan keputusan fatwa yang telah dibuat oleh Allahyarham Syed Yusuf bin Ali Az-Zawawi ( Mufti pada tahun 1953 hingga 1975 ) iaitu pasi sotong adalah najis kerana cecair tersebut kotor dan berbau busuk jika dibiarkan lama. Cecair ini juga termasuk dalam kategori bahan kumuhan binatang dan orang yang mempunyai selera yang normal tidak akan memakan cecair (pasi) tersebut.   
Keterangan/Hujah:  Keputusan yang dibuat pada hari ini adalah bersandarkan kepada hujah yang terdapat di dalam Kitab  بغية المسترشدين  halaman 15 di bawah Bab Najis. (Sumber : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/hukum-memakan-sotong-yang-dimasak-tanpa-dibuang-pasinya-cecair-hitam )

So terpulang pada kalian untuk mengambil/menerima hukum ini atau tidak. Even ada yang kata hukumnya sekadar makruh dan tak kurang juga yang berhujah mengatakan tiada kesan sampingan mahupun kemudharatan jika makan sotong yang dimasak bersama dakwat/cecairnya, malah ada yang cakap terdapat kajian menyatakan dakwat sotong punya kebaikan tertentu bagi melawan kanser dll (not sure betul atau tidak , ada kajian sebegitu ..jika ada mohon share kan ya ) saya memilih untuk tidak memakannya.


Nota Jejari : Tak pernah makan sotong yang dimasak bersama dakwatnya .. mungkin sedap bagi orang lain tapi tidak pada yang tidak menggemarinya.

No comments:

Post a Comment