Jus Strawberry Cameron Highland


Kes nak menghabiskan stok buah strawberi sebelum ianya rosak. Makanya lepas dah buat Jem Strawberi  buat pulak Jus. Budak-budak kat rumah ni suka sangat la dapat minum Jus Strawberry ni :


Siap minta buatkan lagi , lagi dan lagi...

Untuk cara membuat Jus Strawberi ni saya guna bahan apa yang ada kat umah je. Dek kerana cuma ada susu pekat je so hentam saje dah...


Mulanya nak campur je strawberry dengan markisa tuk dijadikan Jus . Tapi tah camna boleh terlupa pulak... hmmmm maybe lain kali la.. tu pun tah bila pulak berkesempatan ada stok kedua-dua buah tu kat rumah.



Nota Jejari : Teringin nak minum jus hari-hari tapi seeloknya jangan campur susu pekat or gula la kan. Biar rasa manis buah semata...tak pun campur madu sedikit lebih 'sihat' kan?

No comments:

Post a Comment