Apam Nasi Gula Melaka


Sesekali ubah citarasa...

Makanya terhasil la Apam Nasi Gula Melaka ni.


Actually nak lari dari kebiasaan buat Apam Nasi Versi Putih Salju tu dan sebolehnya nak elak dari guna pewarna. Bukan apa pewarna tu kan kurang elok even diclaim kata selamat untuk digunakan dalam kuantiti yang sedikit. Tapi kalau dah hari-hari badan masuk macam-macam bahan yang diproses dengan macam-macam bahan yang bukan semulajadi haru jugak kan. Zaman penyakit kanser mudah nak membiak ni elok la kita kurangkan apa yang patut.

Lagipun buat versi gula melaka ni sedap jugak, ada la kelainan sikit dari segi rasanya tu selain warnanya yang ala-ala coklat perang tu kan.


Resipi untuk Apam Nasi Gula Melaka ni tak beza mana dengan resipi Apam Nasi yang pernah dikongsikan dulu. Yang membezakan hanyalah ada penggunaan gula Melaka tu saje. Ni pun tak sepenuhnya guna gula melaka, ada campur sikit dengan gula putih tu jugak. Sebetulnya nak guna gula merah tapi gula merah pulak tak de, nak guna gula perang pun sama tiada stok. Apa yang ada gula Melaka aje, so bantai aje la...

Janji menjadi dan sedap di tekak kitaorang...


Resipi seperti dibawah ya:

Apam Nasi :
Sumber : FB Sabrina Khan



Bahan-bahan:
2 cawan nasi
2 1/2 cawan air
1 1/2 cawan gula atau ikut kemanisan yang diingini - ganti dengan gula melaka
2 cawan tepubg gandum
2 cawan tepung beras
1 1/2 sudu makan yis

Cara membuatnya:
1. Blend nasi , air dan gula hingga nasi hancur
2. Satukan bahan-bahan lain dalam bekas kemudian curahkan campuran nasi+air+gula tadi
3. Sebatikan dan perap selama 3 jam.
4. Panaskan kukusan
5. Kacau dahulu adunan sebelum diletak ke dalam acuan yang telah disapu dengan minyak terlebih dahulu.
6. Kukus adunan selama 20 minit atau sehingga masak.


Nota Jejari : Selamat mencuba!!!

No comments:

Post a Comment