Apam nasi tanpa kelapa parut


Suka makan apam nasi, tapi selalunya beli je. Tapi bila tengok bahan dan cara membuatnya tak de la susah mana, rasanya lebih berbaloi kalau buat sendirikan?

Yang penting peruntukkan saje masa dan stok bahan-bahan juga kena ada baru la boleh menggodek adunan bila-bila masa tekak terasa nak memakannya. Tul tak?


Apam nasi ni saya just letak dalam papercup je sebab musababnya kat rumah ni tak de acuan kecil. Buat kecil comel camni mudah sikit budak-budak nak makan kan?


Actually boleh je nak letak dalam acuan besar tapi rasa cam cerewet pulak nak memotongnya.

Ikutkn Apam nasi ni sedap di makan dengan kelapa parut , tapi kalau nak makan kosong camtu je sedap jugak. Ikut tekak masing-masing la kan. Cam saya ni malas nak berkelapa parut atas alasan tak de stok plus anak-anak tak suka.


Bila dah berjaya buat sendiri setiap kali ada baki nasi kat dalam periuk tangan ni gatal je nak buat apam nasi. Terutama kalau nasi yang berbaki tu cukup-cukup 1 cawan tak pun 1/2 cawan memang geram je nak jadikan apam. Tapi kang kerap sangat buat apam naik muak pulak.

Ok la pada yang nak cuba saya serta kan resipinya di bawah :

Apam Nasi :
Sumber : FB Sabrina Khan

BAHAN-BAHAN:
2 cawan nasi
2 1/2 cawan air
1 1/2 cawan gula atau ikut kemanisan yang diingini
2 cawan tepubg gandum
2 cawan tepung beras
1 1/2 sudu makan yis

Cara membuatnya:
1. Blend nasi , air dan gula hingga nasi hancur
2. Satukan bahan-bahan lain dalam bekas kemudian curahkan campuran nasi+air+gula tadi
3. Sebatikan dan perap selama 3 jam.
4. Panaskan kukusan
5. Kacau dahulu adunan sebelum diletak ke dalam acuan yang telah disapu dengan minyak terlebih dahulu.
6. Kukus adunan selama 20 minit atau sehingga masak.


Nota Jejari : next projek apam nasi gula merah/gula melaka

No comments:

Post a Comment