Awas! Dnars Magic Gold Foundation mengandungi racun berjadual hydroquinone


Satu lagi produk kosmetik yang disahkan oleh Kementerian kesihatan mengandungi racun berjadual .


Produk kosmetik jenama Dnars Magic Gold Foundation ini telah diuji dan dikesan mengandungi racun berjadual hydroquinone, yang tidak dibenarkan di dalam produk kosmetik. Oleh itu, produk tersebut tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.

Sebagai makluman produk yang mengandungi hydroquinone adalah merupakan produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan. Penggunaan hydroquinone tanpa mendapat nasihat kepakaran dari profesional kesihatan dikhuatiri boleh menyebabkan kesan yang tidak diingini.

Info Hydroquinone :
~ Digunakan untuk tujuan merawat kulit yang mengalami masalah hiperpigmentasi. 
~ Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan hydroquinone lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit, merawat masalah jeragat dan kulit tidak sekata.
~ Hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif.
~ Kesan dari penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

Pengguna adalah dinasihatkan untuk menghubungi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) di talian 03-78835532/5533/5537 jika mengalami sebarang kesan sampingan atau kesan buruk akibat daripada penggunaan produk-produk kosmetik.



Sumber : FB Kementerian Kesihatan Malaysia

Nota Jejari : Tak fimiliar sangat dengan jenama produk ni

No comments:

Post a Comment