Bayi : kepala dan badan panas..demam ke ?


Mungkin ada dikalangan ibu-ibu mula risau saat tersentuh kepala atau badan bayi terasa suam panas.

Tapi...

Bila check guna thermometer suhu badan adalah normal.


Mungkin ada yang tak percaya dengan result dari thermometer/alat jangkasuhu terbabit, risau jika thermometer rosak. Mungkin ada juga dikalangan kita yang check semula nak pastikan betul atau tidak bacaan suhu sebelumnya. Tul tak?

Ibu mana la tak risau bila badan dan kepala anak terasa panas kan. Kat sini la pentingnya ada thermometer kat rumah untuk kita monitor suhu badan anak samaada demam atau sebaliknya.

Kalau dah check tapi result suhu badan anak adalah normal (Suhu badan normal adalah antara 36.5-37.5 C. Bila suhu lebih 38 C, secara definisi perubatan seseorang itu demam) tu bermakna ianya cuma penyesuaian suhu badan kepada persekitaran.

Lagi pun baby yang kurang umur setahun yang berat < 10Kg mempunyai ‘luas permukaan’ yang besar, maka suhu baby akan berubah dengan lebih ketara berbanding seorang dewasa. Contohnya…seorang baby yang berada dalm bilik air-cond akan menjadi sejuk kerana suhu persekitaran dan bila otak mengesan suhu badan menurun, ia akan secara automatic meningkatkan kadar penghasilan haba dari badan dan kawasan yang luas serta banyak salur darah seperti kepala dan bahagian lipatan akan ‘terasa’ lebih panas tetapi tak semestinya demam.

Ini beterusan sehingga suhu badan meningkat ke normal tetapi ia berlaku secara beransur-ansur dan memandangkan otak masih kurang matang kadang-kadang proses ini berlarutan sedikit. Untuk kanak-kanak yang lebih besar perubahan ini tidak ketara.

So pasni tak perlu risau la kan? Yang penting monitor suhu anak, prihatin perubahan anak samaada anak aktif atau kurang aktif berbanding biasa.

Sumber : Fb Dr Zarin Zain

Nota Jejari : kekadang memang risau bila rasa badan anak tetiba panas.nasib baik ada thermometer.

No comments:

Post a Comment