(Bubble Rice) Bertih Beras Bercoklat


Agak lama jugak beli bubble rice ni, konon nak buat chocolate bubble rice in a jar. Tapi sebab duk 'busy' melayan anakanda yang paling kecil tu, hampir-hampir terlupa nak membuatnya.

Last-last jar tah kemana jadi la bertih beras bersalut coklat ni aje:


Ok la jugak...

Even plan asal tak menjadi, dapat ngap bertih beras bersalut coklat ni pun jadilah... anak-anak pun suka. Krup krap krup krap terasa kerangupan bertih tu bila di kunyah.


Ikutkan lebih mudah kalau buat bubble rice in a jar tu dari buat versi bubble rice salut coklat camni. Ya la kan kalau buat versi dalam jar tu, just masukkan bertih beras tu ke dalam jar , kemudian tuang / letak coklat cadbury atau milk coklat compound di atasnya. Dah pun siap.

Kalau versi bubble rice salut coklat camni dah kena letak dalam cup kecik comel lote pulak, jd banyak la pulak kejenya. Dah cairkan coklat pastu nak kena gaul sebati pulak coklat bersama bertih beras tu. Kemudian nak kena sudukan pulak ke dalam paper cup kecil tu, dah keras baru boleh simpan dalam bekas bertutup. Cerewet sikit kan?

Kalau agak-agak takut buble rice jd lemau bila di salut ngan coklat, korang boleh la sangai dulu bubble rice tu sekejap. Tapi setakat yang saya buat ni tak perlu sangai pun, hasilnya tetap rangup, siap letakkan sekejap dalam peti sejuk lagi nak bagi coklat cepat keras.

Even tak berkesempatan nak buat sendiri, alhamdulillah dapat jugak merasa chocolate bubble rice in a jar.

Ok la rasanya ada gabungan coklat dan peanut butter...sedap la jugak... ni yang berkira-kira nak try buat sendiri jugak ni....

Nota Jejari : Nak kena beli bubble rice dulu then nak buat bubble rice + chocolate in a jar tu pulak 

No comments:

Post a Comment