Doa Mengubati Sakit Mata


Baru - baru ni anak yang nombor dua dijangkiti sakit mata. Dapat dari budak kelas dia. 4 hari jugak la tak ke sekolahnya. Bila dah sorang terkena menjangkit pulak la ke yang lain. Dah jadi berangkai-rangkai pulak, dari seorang berjangkit ke seorang lagi dan lagi ....


Kebetulan moyang diaorang meninggal, so sebaran virus sakit mata disebarkan pulak ke sedara mara di kampung.

Ikut petua orang dulu-dulu kalau mata baby banyak taik mata, just titiskan susu badan ke dalam mata bayi. Untuk sakit mata pun boleh juga kalau nak guna susu badan, perahkan sikit susu bdan then titiskan sahaja ke dalam mata. Susu badan tu boleh guna untuk yang bukan bayi jugak .Petua ni sesuai untuk yang masih ada anak menyusu badan la kan, tapi usaha mendapatkan rawatan atau dengan titiskan ubat sakit mata tu pun perlu juga .

Selain dari usaha titiskan ubat sakit mata , korang boleh amalkan membaca doa mengubati sakit mata , doanya seperti dibawah :

Doa Mengubati Sakit Mata

"Ya Allah, kurniakan bagiku agar dapat menikmati penglihatanku dan agar dapat aku mewarisinya (menggunakannya) sehingga aku mati, dan tunjukkan bagiku pembelaan bagi menewaskan musuhku dan bantulah aku terhadap golongan yang menzalimiku "

Nota Jejari : Anak-anak pakai spek mata gelap nak kurangkn ketidak selesaan mata yang dijangkiti. 

No comments:

Post a Comment