Homemade Jem Strawberi


Dah lama teringin nak cuba buat Jem Strawberi sendiri. Kebetulan beli banyak buah strawberi masa pergi Cameron highland hari tu, so apa lagi "projek" Homemade Strawberry Jam pun berjalan la dengan jayanya.



Walaupun rupanya dan teksturenya jauh berbeza dengan jem strawberi yang dibeli kat kedai/supermarket, tapi hasil homemade Strawberry Jam ni sedap aje. Kita boleh adjust kemanisan jem buatan sendiri ni . Pepandai sendiri la nak adjust seimbangkan rasa masam manis jem tu.

Yang penting budak-budak kat rumah ni suka dengan hasil air tangan mama nya ni . Lagi satu jem buatan sendiri ni tiada bahan pengawet.


Untuk Jem Strawberi ni saya guna resipi dibawah. Cumanya saya skip tepung jagung tu je, bahan-bahan lain tetap ikut seperti dibawah:

Homemade Strawberry Jam
Sumber : Juicycafe

Bahan-bahan..
600 gm strawberry segar - lecekkan sedikit
200 gm gula kastor
50 gm jus lemon
1 sdk tepung jagung + 2 sdk air - gaul rata


Cara-caranya..
1. Masukkan strawberry segar yang telah dilecek ke dalam periuk.
2. Masukkan bersama gula dan jus lemon, panaskan dengan api sederhana sehingga mendidih dan sedikit mengering.
3. Tambahkan adunan tepung jagung dan gaul sebati, didihkan lagi dengan api yang kecil selama 10 minit.
4. Sentiasa dikacau supaya tidak melekat.
5. Sejukkan dan boleh disimpan didalam bekas yang sesuai.

Note : seeloknya sterilize dulu botol kaca yang nak digunakan ya


Nota Jejari : Jarang yang amat beli jem strawberi

No comments:

Post a Comment