Homemade Mee Kuning (Mee Telur)


Dah acap kali buat sendiri mi / mee kuning tanpa air abu atau borik acid mahupun tanpa air kapur. Biasa buat  guna resipi yang hanya mengunakan tepung gandum , air , telur dan sedikit garam ( boleh rujuk entry 'Resipi Homemade mee / mi kuning ')

Kali ni cuba buat mee kuning resipi lain pulak.


Resipi kali ni tiada penggunaan air , hanya menggunakan telur sebagai bahan cecair. So disebabkan itu ianya dipanggil mee telur. Mee yang terhasil juga berbeza sedikit dari resipi sebelum ni. Sedikit berbau telur dan kekenyalan mee juga berlainan sedikit.


Walau menggunakan bahan yang sedikit berbeza namun cara membuatnya tetap sama.


Bagi yang berminat untuk membuat sendiri mee telur resipi seperti dibawah :

Bahan untuk mee telur
2 cawan tepung gandum
2 biji telur
Setengah sudu teh garam
Setengah sudu teh gula

Cara2 nya
1. Jerang seperiuk air dengan setengah cawan minyak kelapa hingga mendidih.

2.  Gaul telur dengan garam dan gula

3.  Masukkan telur kedal├ám  tepung, uli hingga sebati

4. Dengan menggunakan mesin pasta. Mula ratakan dan nipiskan doh baru dimesin untuk dapatkan bentuk mee.

5. Setelah siap dimesin bolehlah celur didalam air mendidih yang telah diisikan minyak yang telah disediakan terlebih dahulu.

6. Setelah mee timbul, angkat dan to skan, apabila sejuk gaulkan lagi dengan 2 sudu makan minyak masak. Dah pun siap.

sumber: blog lipislady

Nota Jejari : Buat sendiri lebih terjamin kebersihan .

2 comments:

  1. Nak cuba..nak cuba. saya suka makan mi. Asid borik ni la yg bagi kembung perut kan.. bila makan mi?

    ReplyDelete
  2. Baca your blog ni, setiap entri kena baca.. menarik!!!

    ReplyDelete