Inti Kelapa tradisional jugak yang sedap...


Dah lama teringin nak buat inti kelapa sendiri. Kalau boleh nak buat inti dari kelapa yang tak muda sangat dan tak tua sangat, pendek kata buah kelapa yang sedang elok dibuat inti. Isinya tak lembik dan tak keras. Camna nak terangkan eik?

Tapi apa kan daya, bila beli dekat kedai dapat la kelapa parut yang dah tua. Dek kerana teringin punya pasal buat la jugak inti. So ni la hasilnya;


Kurang kick sikit bila guna kelapa sedikit tua ni. Ada rasa kesat kasar di tekak time nak telan tu. Huhuhuhh  jauh sungguh beza dengan inti yang disukai.

Cerita bab inti kelapa ni, teringat kisah satu masa dulu. Rasanya budak-budak sekarang susah dh nak jumpa duk atas kukur kelapa. Usahkan mengukur kelapa, tah-tah camna rupa kukur kelapa pun ada yang tak kenal.

Dulu-dulu kalau nak makan kuih yang berintikan kelapa kena la rajin kukur kelapa. Disebabkan kelapa untuk dibuat inti tu tak berapa nak keras memang cukup mencabar time nak mengukurnya. Tak kena gaya hasil mengukur tu banyak yang tebal dari yang sepatutnya.

Tapi inti yang terhasil cukup memuaskan hati.


Resipi ?

Tak de resipi khusus. Main masuk- masuk je segala bahan , tak de sukat-sukat pun. Just campurkan kelapa parut bersama sedikit air, gula merah dan gula biasa sikit. Adjust ikut kemanisan yang diingini. Itu sahaja

Nota Jejari : Suka kuih yang berinti kan kelapa

No comments:

Post a Comment