Jubah Kanak-kanak ; Cantik dengan warna yang ceria


Dah lama cari jubah untuk kanak-kanak yang menarik tertarik dengan warna ceria dan yang pastinya selesa dipakai la kan.

Actually dah agak lama jugak anak dara cilik tu minta nak jubah barang sehelai dua.Tapi bila cari kat kedai kurang berkenan la pulak. Kekadang warnanya kurang menarik, kekadang jenis kainnya tak berapa elok, jahitan pun satu hal, corak dan aksesorikat jubah yang agak sarat.

Sebolehnya nak la cari yang simple tapi tetap nampak menarik kan.

So kalau korang pun sama mencari jubah untuk anak korang mungkin pilihan di bawah ni boleh di timbang tara.



Kat atas ni koleksi JUBAH PRINCESS ALYSSA dari Inspirasihana (<= Klik jika mahu mengetahui harga jubah tersebut ).  Material atau jenis kain yang digunakan ialah dari material Satin Lazeno dan ianya berpotongan A cut dan yang penting tidak melekat. Yang menariknya ada  kemasan Ribbon di bahagian belakang.

Tapi...

Kalau korang nak cari jubah dari material cotton, pilihan dibawah ni pun menarik jugak.




Koleksi Jubah Cotton di atas ni dari Sweetmuslimah (<= Klik jika mahu mengetahui harga jubah tersebut )


Nota Jejari : Cantik!!!!

1 comment:

  1. Wah cantik sungguh. tq sudi share bolehla carikan untuk anak 7 tahun ehehh

    ReplyDelete