Karipap Sardin yang sedap


Sedap!!!

Dah tentu la sedap di tekak kami kan. Even rupanya tak semengah mana;



Janji sedap dimakan, rupa tak kisah la bergerutu ke tak de gaya bentuk karipap ke. Percubaan membentuk karipap kali ni gagal  lain kali boleh diperbaiki lagi. Itu adat belajar kan.

Yang penting puas dimakan, daripada beli karipap yang luarannya cantik terbentuk tapi inti didalam seciput kecik aje selebihnya kosong! Kosong! Koooosssooonnngg!... tak best jugak tul tak ?

Untuk karipap sardin ni saya ikut resipi dari blog azie kitchens cuma untuk inti tu saya ubah sikit. Saya guna lada hidup / cili padi sebab kurang minat nak guna cili kisar untuk masak sardin..


Resipi yang saya rujuk seperti di bawah :

Karipap Sardin
Oleh: Azie Kitchen

Bahan Kulit:
1/2 kg tepung gandum
1/2 cawan majerin yang dicairkan
225 ml air  dari peti ais
Garam

1. Masukkan tepung gandum dan garam ke dalam bekas yang besar. Buat lubang tengah-tengah timbunan tepung.
2. Panaskan majerin atas api yang kecil hingga mendidih. Tuangkan majerin yang dah dicairkan tadi. Gaulkan dengan sudu sehingga bancuhan tepung menjadi seperti serbuk roti.
3. Tuangkan air sedikit demi sedikit sehingga mendapat tahap kelembutan yang sesuai. Doh menjadi lembut dan tidak melekat pada tangan.
4. Masukkan dalam plastik dan simpan dalam peti ais sekejap. Sebelum menyediakan doh, saya menyediakan inti dulu bagi membolehkan inti sejuk.


Bahan Inti Sardin:
1 tin sardin cap Ayam Brand
3 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1-2 biji ubi kentang - potong dadu
1 biji bawang besar - potong dadu
1 biji cili merah - hiris
Sedikit cili kisar (ikut pedas disukai)
Daun sup/daun bawang
Garam secukupnya

1. Sardin diasingkan ikan dan kuahnya. Hancur hancurkan isi ikan. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi. Masukkan ubi kentang dan masak sehingga agak lembut.
3. Masukkan isi ikan, bawang besar dan cili merah. Goreng sehingga masak.
4. Akhir sekali, masukkan garam dan daun sup. Jika terlalu kering, masukkan sedikit kuah sardin. Biarkan sejuk seketika.


Cara cara menyediakan karipap:
1. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan canai di atas papan pencanai yang ditaburkan sedikit tepung gandum. Tekap dengan acuan atau dengan gelas.
2. Masukkan inti sardin yang telah disejukkan. Tekan tekan di bahagian tepi sebelum dikelim.
3. Goreng di dalam minyak panas yang banyak hingga tenggelam dengan api yang perlahan. Sentiasa dibalik balikkan dengan perlahan.

Nota Jejari : Lain kali nak buat lagi...

No comments:

Post a Comment