Apam Pisang Tanpa Telur


Nak panggil kek ke apam eik?


Mana-mana pun boleh kot, tapi rasanya ianya lebih kepada sejenis apam. Anak-anak lebih suka panggil kek, tak kira la sebenarnya ianya sejenis apam atau pun kek... yang penting rasanya sedap..

Anak yang sulung siap request minta dibuatkan lagi 'kek' pisang ni. Dia cakap sedap dan kebetulan dia bawa ke sekolah kawan-kawan dia pun cakap sedap.


Nanti la bila-bila ada stok pisang akan diulang buat.  Lagi pulak nak membuatnya teramat mudah. Bahan yang digunakan untuk membuat apam pisang ni pun tak banyak mana.

Antara bahan yang diperlukan untuk membuat apam ini ialah ;

* 2 cawan pisang
* 1 cawan gula
* 1 cawan minyak
* 2 sudu teh baking soda
* 2 1/2 cawan tepung gandum
* Sedikit garam

Cara membuatnya pula ;
1) Lenyek atau hancurkan pisang .
2) Satukan pisang yang sudah dilenyek tadi bersama dengan gula , minyak dan sedikit garam.
3) Masukkan tepung yang di ayak bersama soda ke dalam bancuhan pisang tadi.
4) Sebatikan adunan
5) Masukkan ke dalam acuan pilihan.
6) Kukus selama 20 minit atau sehingga masak.


Nota Jejari : Suka kuih yang berasaskan pisang

2 comments: