Kek Marjerin aje


Dah lama tak makan kek yang menggunakan marjerin. Tetiba tekak teringin nak makan dan kepala pun apa lagi sibuk la duk mengimbau kenangan lama. Kenangan mengusik jiwa sungguh...

Zaman sekolah dulu kek marjerin ni la yang selalu dibuat. Masa tu kat rumah mana ada hand mixer , yang ada kederat tangan je tuk menggadun adunan guna senduk kayu. Paling tidak pun guna pemukul telur aje.

Sekarang bukan setakat hand mixer , stand mixer pun dah dimiliki tapi bila dah datang penyakit malas tu kek simple dan mudah camni pun tak terbuat.


Resipi Kek Marjerin

Bahan - bahan
~ 4 biji telur gred A
~ 1 cawan marjerin
~ 1 cawan gula
~ 1/4 cawan susu pekat manis
~ 2 1/2 cawan tepung gandum / tepung naik sendiri
~ 1 sudu kfc baking powder
~ 1 sudu teh esen vanilla
~ pewarna

Cara membuatnya :
~ Pukul gula dan marjerin sebati. Masukkan esen vanilla .
~ masukkan telur dan pukul hingga gebu.
~ masuk tepung pukul sebati.
~ bahagikan adunan ikut berapa bahagian yang diingini. Warnakan.
~ bakar pada suhu 170 sehingga masak.


Nota Jejari : selamat mencuba....

No comments:

Post a Comment