Kek Minyak Versi Periuk Ajaib


Sesaje je la nak test periuk ajaib yang dah agak lama dibeli tapi tak pernah cuba masak kek pun lagi guna periuk tu. Dalam banyak-banyak jenis kek saya pilih kek minyak sebagai bahan uji kaji .


Jika menggunakan periuk ajaib masa yang diperlukan untuk kek ini masak lebih kurang separuh dari masa pembakaran kek menggunakan oven. Hanya 20 minit masa pembakaran sahaja yang diperlukan untuk kek ni masak jika menggunakan periuk ajaib.


Cepat kan ?

Cumanya nak kena pandai main dengan api dapur je la, kalau tidak mau tebal kerak kek tu nanti. Guna periuk ajaib ni kek pun jadi rendah sikit. Tak kisah la tu, janji rasa sedap dan teksturnya tetap gebu dan lembut.


Resipi kek minyak masih sama dengan yang pernah dikongsi dahulu. Cuma yang membezakan hanyalah cara pembakarannya sahaja.

RESEPI KEK MINYAK
Original : MyResipi
Sumber : LiNa Pg

Bahan-bahan ( 8x8inci / 9in)
5 biji telur
3/4 cawan gula halus (LiNa Pg gn 1/2 cawan gula kastor)
2 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1 cawan susu pekat (LiNa Pg gn 3/4cawan)
1 sudu besar ovallate
1 cawan minyak masak
perasa nenas / pisang / ape2 ikut suka/pewarna
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara membuatnya :
1. Panaskan oven suhu 170'C
2. Ayak tepung gandum bersama baking powder. Ketepikan
3. Lenser loyang kek dgn mentega. Alaskan dengan baking paper.
4. Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang.
5. Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap.
6. Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
7. Akhir sekali masukkan gandum. Gaul rata.
8. Selepas itu, bahagikan adunan kepada 3 warna.
9. Tuangkan ke dalam loyang, marble ikut kreativiti
10. Bakar hingga masak. Suhu bergantung kepada oven masing2 (LiNa Pg bakar suhu 165'C selama 50min api atas dan bawah)
11. Biarkan kek sejuk barulah dipotong dan hidangkan.

Nota Jejari : Jimat elektrik dan tak perlu tunggu lama untuk kek masak.

No comments:

Post a Comment