Kek Sunquick Oren Yang Gebu Dan Lembut


Serius hasil resipi yang satu ni menjadikan Kek Sunquick Oren yang Gebu dan lembut...


Cumanya kek saya ni tebal kerak la pulak. Malas sangat nak on kan oven , letak aje dalam periuk ajaib. Tak betul sikit adjust api dapur terus la berkerak tebal. Nasib la rasa kek tak terjejas langsung.


Nak membuat kek ni pun tak cerewet mana. Suka kek yang simple cara penyediaannya plus tak banyak bahan yang digunakan tapi menghasilkan kek yang gebu, lembut dan sedap ditekak.

Bagi yang nak cuba buat, kat bawah ni saya kongsikan bahan-bahan yang diperlukan berserta cara-cara membuat kek Sunquick Oren ni.

Bahan-bahan untuk di blend:
3 biji telur
1/2 cawan gula
1 cawan minyak
1/2 cawan pati sunquick

Bahan ayak:
2 Cawan Tepung Gandum
1 sdb baking powder

Cara membuatnya:
1. Masukkan bahan yang telah diblend ke dalam tepung yang sudah diayak.
2. Kaup balikkan sehingga sebati.
3. Tuang adunan ke dalam acuan yang telah di gris
4. Bakar suhu 160 selama 45 minit ( atau sehingga masak)


Nota Jejari : Boleh di ulang buat lagi

3 comments: