Kuih Tepung Talam menggunakan 4 jenis tepung


Kejadian kuih tepung talam yang agak comot;


Bukan salah resipi pun tapi salah tangan yang membuatnya aje. Kes tak sabar la ni.

Biasa guna resipi ringkas dari mak, resipi yang hanya menggunakan tepung gandum semata. Kali ni saje nak try resipi yang menggunakan 4 jenis tepung pulak. Saje la nak tahu jugak apa rasanya, sejauh mana berbeza teksture dan rasa jika nak dibandingkan dengan kuih talam yang biasa dibuat.


Bila dah berbeza bahan dan cara membuatnya juga berlainan semestinya akan menghasilkan tekstur dan rasa yang berbeza kan?

Jika ditanya yang mana lebih sedap, pendapat saya keduanya punya rasa tersendiri, kedua-dua resepi tak kira guna 1 tepung atau 4 tepung pasti ada peminatnya yang tersendiri.

TEPUNG TALAM
resepi dari buku Aneka Masakan Petang
oleh: Izahdaut

*izah hanya masak 1/2 dari resepi di bawah.

Lapisan Bawah:
150 gm tepung gandum
50 gm tepung beras
25 gm tepung jagung
25 gm tepung kastard
700 ml air suam
1 sk air kapur
300 gm gula merah *
500 ml air *

bahan bertanda * dimasak sehingga larut


Lapisan Atas 600 ml santan
130 gm tepung beras
2 sudu makan tepung gandum
1 sk garam


Cara membuatnya:

1. Satukan semua bahan lapisan bawah dan campurkan dengan gula yang dilarutkan tadi. Kacaukan semuanya di atas api sederhana sehingga berwap.
2. Tuang ke dalam loyang dan kukus selama 25minit. *izah kukus kurang dari 25minit.
3. Sementara itu satukan lapisan atas dan tapis. Kacau atas api sederhana sehingga berwap.
4. Gariskan permukaan lapisan bawah tadi dengan garfu. Tuangkan lapisan atas dan kukus sehingga 20minit atau masak. Sejuk dan potong.

Nota: Adunan ini elok gunakan 2 loyang berukuran 20cm supaya elok tebalnya


Nota Jejari : selamat mencuba

No comments:

Post a Comment