Mesin Deposit Syiling CIMB


Bagus jugak kan sekarang dah ada Mesin Deposit untuk duit syiling.


Senang la sikit nak bank in duit syiling nanti. Masuk kan sahaja semua duit syiling yang ada ke dalam ruangan yang disediakan dan tak perlu kot nak kira sendiri dah.


Kat rumah ni selalunya kitaorang tukar dengan kantin sekolah je. Kantin kan selalu nak kena ada duit syiling so bila diaorang perlukan duit syiling diaorang akan mintak la nak tukar. Tapi bila tukar camtu leceh sikit la sebab nak kena kira dulu.


Kalau masukkan dalam Coin Deposit Machine ni nanti mudah sikit kot. Lagipun dia terus masuk dalam akaun bank kita kan. So pasni pada yang agak-agak susah nak menabung tu boleh la consider menabung duit syiling dalam tabung dulu, pastu bila tabung dah penuh boleh masukkan dalam Mesin Deposit Syiling ni. Jadikan akaun CIMB tu sebagai simpanan yang korang tak kan keluarkan.

Mana-mana yang tak de akaun CIMB boleh la timbang tara untuk buka 1 akaun.

Cumanya buat masa ni tak banyak Mesin Deposit Syiling ni yang disediakan.


1. Bangunan Tunku, Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar Kedah
2. Wisma Square Point, Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bahru Kelantan
3. Jalan Mutiara Timur Satu, Taman Mutiara, Cheras Kuala Lumpur
4. Menara Bumiputra-Commerce, Jalan Raja Laut Kuala Lumpur
5. Wisma Koponas, Jalan Tun Sambanthan Kuala Lumpur
6. Jalan Desa Jaya, Pekan Kepong, Kepong Kuala Lumpur
7. The Boulevard Shop Office, Jalan 11/48A, Sentul Raya Kuala Lumpur
8. Taman Maluri, Cheras Kuala Lumpur
9. Wisma Dewan Perniagaan Melayu, Jalan Dato Bandar Tunggal, Seremban Negeri Sembilan
10. Bangunan BCB 21 Jalan Bank, Kuantan Pahang
11. Prangin Mall, Jalan Dr Lim Chwee Leong, Butterworth Penang
12. Canning Estate, Ipoh Garden, Ipoh Perak
13. Jalan P8C/1, Presint 8 Putrajaya
14. Wisma Pauson, Jalan Taming Kanan 1, Taman Taming Jaya, Balakong Selangor
15. Jalan Besar, Banting Selangor
16. Jalan SS6/14, Kelana Jaya Selangor
17. Wisma Esther Robert, Lorong Batu Nilam 4B, Bandar Bukit Tinggi, Klang Selangor
18. Wisma BU8, No 11, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama Selangor
19. Jalan 52/2, Section 52, Petaling Jaya Selangor
20. Jalan Kenari 1, Bandar Puchong Jaya, Puchong Selangor
21. Jalan Bandar Rawang 2, Pusat Bandar Rawang, Rawang Selangor
22. Jalan Pinang B18/B, Seksyen 18, Shah Alam Selangor
23. Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu Terengganu

Nota Jejari : Harap lepas ni bank-bank lain akan turut sediakan mesin deposit syiling ni jugak

25 comments:

  1. Cdm ni buka x lepas off hour?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maybe buka la kot. Cuma syiling yg di dimasukkan (deposit) selepas pukul 4ptg akan dicreditkan keesokan harinya

      Delete
    2. Mesin hanya operate pada waktu perbankan sahaja sebab mesin ini diletakkan dekat ruang 'banking hall' - iaitu dekat dengan kaunter bank.

      http://malaysiabanknotesandcoins.blogspot.com/2014/02/mesin-deposit-duit-syiling-coin-deposit.html

      Delete
  2. Slm. Mesin ni disediakan waktu office hour atau boleh access sama macam ATM machine ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama seperti cash deposit machine jugak rasanya. Lps office hour still boleh deposit duit jgk

      Delete
    2. Mesin hanya operate pada waktu perbankan sahaja sebab mesin ini diletakkan dekat ruang 'banking hall' - iaitu dekat dengan kaunter bank.

      http://malaysiabanknotesandcoins.blogspot.com/2014/02/mesin-deposit-duit-syiling-coin-deposit.html

      Delete
  3. salam, saya try maybank kat bangi, lepas kol 12 tengah hari depa tak bukak dah CoDM ni. gerammmmm je sbb previously ada call maybank center, center kata bukak office hour, smalam g kol 4, staff bank kata CoDM tu tutup kol 12th hari td. benggangggg je rase. tp tak try lg CoDM CIMB and other places.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maybank memang macam gitu. Kalau tak tahan sangat, buat sahaja aduan dekat Maybank via FB pun boleh.

      CoDM Maybank Skudai pun sama juga.. Rosak jangan cakap -_-

      Delete
  4. Yang dalam gambar di atas dekat branch mana? Saya pergi ss6/14 kelana jaya tak jumpa machine tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba lihat dekat bahagian dalam bank. Sebab mesin ini mereka letak dekat dalam. Bukannya diletakkan dekat mesin ATM.

      http://malaysiabanknotesandcoins.blogspot.com/2014/02/mesin-deposit-duit-syiling-coin-deposit.html

      Delete
  5. Replies
    1. kt 18 shah alam de la..kt dlm.blkg tmpt duduk mnunggu tu.

      Delete
  6. persint 8 ade ke cimb..setahu saya cimb persint 2 je..kat kompleks kementerian kewangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Saya pun puas carik mana ada cimb kat precinct 8? Ada ke tak sebenarnya ni

      Delete
    2. presint 8 kat mane ye...tak jumpa pun

      Delete
    3. mana ada cimb kat presint 8..coin machine kat kementerian kewangan pon asyik rosak je..teruk juga bank punya service.

      Delete
  7. Smlm 22/12/2014, i pegi CIMB ss6 Kelana Jaya, ada mesin ni terdapat kat dalam bank (sebelah kaunter yg org dok tunggu ramai2 tu).

    I masukkan syiling ni kul 10 pagi. keesokkan hari baru duit masuk dalam akaun kita

    ReplyDelete
  8. berapa caj yang dikenakan...atau dengan kata lain..kalo niali RM200 berapa jumlahs ebenar yang masuk ke akaun kita..adakah 200 atau kurang..tq

    ReplyDelete
  9. Pg td sy br gne kn mesin syiling ni...hampa n kecewa sngt2..sblm 2 sy dh kira dr rumah..pastu masukkn syiling kt mesin blh kurang 16.60..wt laporan last skli dpt habuk jk dr pihak bank..mintk tlg spe2 nk gne mesin ni tlg r kira dr umah..atau elakkan gne mesin ni..bkn sy sorang jk y kne..3 org tempat y sme..

    ReplyDelete
  10. Sy masukkan kul 12 tp duit x msuk ke akaun lg pd hri yg sama. Cimb. Lembap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi website cimb kemain nampak gah lagi..

      Delete
  11. 28/07/2016 - pegi CIMB seksyen 18 Shah Alam around pukul 2.30ptg, mesin display ERROR...dah la ada satu mesin je...bila tanye akak kt kounter, kene datang pagi, duit dah penuh....Hurmm

    Esoknye 29/07/2016 - Gigih datang pagi (lambat masuk keja), dtg pkl 9pg, CIMB bukak pukul 9.15am, pintu tak bukak lagi....tggu je la sampai pintu bukak, igt org first guna mesin ni, rupanye dah ada org tgh guna mesin ni...ehh macam mana die boleh masuk pulak, pintu baru je bukak....tggu turn je la...ada lagi 2 org kt belakang nak guna jugak....lepas org first abes guna, saya nampak die berjaya coin deposit RM300++, tapi x semua syiling accept,yg tak accept jatuh kt bawah.....Okay now giliran saya, masuk duit syiling dalam mesin, tggu punya tunggu....dalam RM120++ je accept...tiba2 mesin display ERROR...tak sampai separuh pon lagi ni...Kecewa, kesian org yg beratur kt belakang...lansung x dpt guna.....
    Kesimpulannya, baik tak payah buat coin deposit kalau dtg awal pon dah tak boleh guna..Nasihat kpd kawan2: tukar je kt kedai mamak. TQ

    ReplyDelete
  12. Masukkan duit syiling ni boleh campur ke duit syiling lama dgn yg baru?
    atau kena asingkan?

    ReplyDelete