PENANGGUHAN KERTAS SAINS UPSR 2014


Satu berita yang rasanya akan menyebabkan budak-budak UPSR 2014 merasa sedikit kecewa. Ya la kan next week dah cuti sekolah patutnya dah boleh enjoy cuti tapi masih tetap nak kena fikir tentang peperiksaan juga lagi.


Ikutkan tiap-tiap tahun memang ada je soalan UPSR yang bocor. Tak kira la subjek BM ke BI ke Matematik ke Sains ke. Sumber yang membocorkan tu pulak khabarnya pelbagai. Ada yang kata dari sabah dan serawak sebab kat sana soalan peperiksaan diaorang dapat awal atas faktor ada sekolah pendalaman . Ada pulak yang kata dari penggubal soalan itu sendiri. Pendek kata pelbagai versi tah mana yng betul.

Dalam kes ni budak-budak la yang jadi mangsa. Bila dari peringkat UPSR lagi dah di 'suap' takutnya sampi ke besar minta di suap jugak. Mungkin juga budak-budak jadi kurang keyakinan diri bilamana cikgu tak yakin budak mampu jawab lalu diberikan terus jawapan berdasarkan soalan bocor yang mereka terima.


KENYATAAN AKHBAR LEMBAGA PEPERIKSAAN
PENANGGUHAN UJIAN MATA PELAJARAN SCIENCE 018
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN 2014

Adalah dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia telah menerima laporan bahawa Kertas Peperiksaan Science 018, 028, 038 bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang dijadualkan berlangsung pada tarikh 11 September 2014 jam 8.15 hingga 9.30 pagi telah didapati bocor. 

Berdasarkan siasatan awal pihak LP, kandungan soalan bagi kertas peperiksaan tersebut telah tersebar menerusi media sosial. Lembaga Peperiksaan telah membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang.

Sehubungan dengan ini, Lembaga Peperiksaan memaklumkan bahawa kertas peperiksaan Science 018, 028, 038 bagi UPSR tahun 2014 yang dijadualkan pada 11 September 2014 adalah DITANGGUHKAN. Tarikh baharu bagi peperiksaan Science 018, 028, 038 adalah pada 30 September 2014. 


Nota Jejari : Teringat kenangan jawab pekse UPSR 22 tahun yang dulu

No comments:

Post a Comment