UJIAN BAHASA INGGERIS (BI) UPSR 2014 dijadual pada 30hb September 2014


Dah agak Kertas Ujian Peperiksaan BAHASA INGGERIS UPSR 2014 juga akan diadakan semula pada tarikh yang sama dengan subjek Sains.

Kesiannya la kat budak-budak yang ambil UPSR tahun ni. Kerana pihak lain diaorang terpaksa jawab semula exam BI 30hb September nanti. Tekanan untuk menghadapi peperiksaan tu perlu di hadap semula.

Kenapa perlu ada soalan bocor ?

Adakah kerana cikgu atau orang yang membocorkan soalan tersebut tak yakin calon UPSR mampu jawab sendiri?

Atau ada pihak yang mahu mendapat atau mengekalkan ranking sengaja membiarkan perkara ini terjadi. Mungkin tekanan dari sekolah yang mahu result UPSR 100% lulus / ramai muridnya mendapat result cemerlang menyebabkan ada cikgu tak kisah untuk memberi soalan bocor kepada anak murid. Sekolah pulak mendapat tekanan dari PPD yang mana mahukan daerah mereka menjadi daerah terbaik berdasarkan peratusan murid cemerlang dan murid lulus. PPD pula mungkin mendapat tekanan dari JPN , tuk menjadikan negeri mereka terbaik dalam persaingan peratusan result UPSR keseluruhan.



KENYATAAN AKHBAR LEMBAGA PEPERIKSAAN
PENANGGUHAN UJIAN MATA PELAJARAN BAHASA INGGERIS
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN 2014

Adalah dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia telah menerima laporan bahawa Kertas Peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan Bahasa Inggeris 014/2 bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang dijadualkan berlangsung pada tarikh 11 September 2014 telah didapati bocor. Lembaga Peperiksaan telah menjalankan siasatan dan mendapati perkara ini adalah benar.

Sehubungan dengan ini, Lembaga Peperiksaan memaklumkan bahawa kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan Bahasa Inggeris 014/2 bagi UPSR tahun 2014 yang dijadualkan pada 11 September 2014 adalah DIBATALKAN. Tarikh baharu bagi peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan Bahasa Inggeris 014/2 adalah pada 30 September 2014 bersekali dengan Science 018, 028 dan 038.

Dengan perkembangan terbaharu ini, LP akan membuat siasatan atas semua dakwaan kebocoran kertas peperiksaan. Ini adalah bagi memastikan kepercayaan umum terhadap kesahan dan kebolehpercayaan keputusan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan tidak terjejas.  LP akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengenalpasti pihak yang bertanggung jawab dan seterusnya membawa mereka ke muka pengadilan.

Untuk mendapatkan maklumat yang tepat berhubung peperiksaan UPSR 2014, sila layari portal Lembaga Peperiksaan di alamatwww.moe.gov.my/lp

Pengarah Peperiksaan
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia

11 September 2014

Sumber : Lembaga Peperiksaan

Nota Jejari : UPSR ... UPSR .... UPSR. bermacam khabar angin yang keluar... ada yang kata tukang bocor tu anak menteri ada yang kata cikgu sekolah pendalaman yang membocorkan ada jugak yang duk canang konspirasi  sesetengah pihak yang mahukan sistem pendidikan negara di ubah... macam-macam...

No comments:

Post a Comment