Cempedak Goreng Rangup


Sedapnya layan cempedak goreng waktu minum petang. Terutama kalau tepung goreng cempedak tu rangup. Krup krap krup krap bunyi bila di kunyah.


Memang kalau buat cempedak goreng sekejap je habis. Pendek kata angkat dari kuali sempat sejuk sikit je terus kena ngap. Kat rumah ni bukan cempedak goreng je laku. Buah cempedak makan macam tu saje pun sekejapan je licin.

Tapi AWAS!!!

Ada sesetengah orang tak serasi dengan buah cempedak. Kalau makan je perut mula la kembung, badan pun rasa lemah.. lebih parahkalau yang masih menyusukan anak,  si ibu yang makan si anak pulak yang kembung perut.


Ok lah cam biasa kat bawah ni saya paste kan resipi membuat Cempedak Goreng Rangup.

CEMPEDAK GORENG RANGUP
Sumber : yezzzza.blogspot.com

Bahan2 :-
cempedak secukupnya
1 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk kunyit
air secukupnya
minyak untuk menggoreng


Cara2nya :-
1. Panas kan minyak. campurkan semua bahan di atas dan kacau hingga sebati. adunan hendaklah tidak terlalu pekat ataupun cair. agak2 la ye.
2. Ambil 2 sudu besar minyak panas masukkan kedalam adunan tadi dan kacau hingga larut.
3. Masukkan cempedak dan goreng.
4. Angkat dan sedia untuk dihidangkan



Nota Jejari : cempesak hasil dari kebun mak di kampung... sedap!!!

No comments:

Post a Comment