Kek Karamel mini


Dah laaamaaaa tak buat kek. Semenjak ada baby yang terlebih manja ni memang tak menyempat nak membaking la... Usahkan nak memenuhi tempahan kek, buat untuk makan sendiri pun dah tak menyempat.

Kek karamel ni pun buat sambil-sambil melayan budak kecik tu. Sempat la buat gula hangus dulu time si kecik tu tido. Siap sedia bahan untuk kek dan puding, si kecik tu pun bangun, so membaking sambil mengagah la jawabnya:


Kejadian kek yang x berwarna-warni ni bukan sebab tak sempat nak letak pewarna tau. Tapi saje je la nak lari dari kebiasaan.

Dan buat kek bersaiz mini ni pun sebab sesaje jugak, senang budak-budak kat rumah ni nak makan. Buat sorang satu bekas. Tak payah sibuk nak potong2 dah kan.


Untuk kek karamel mini ni resipi sama je dengan resipi yang pernah dikongsi dulu. Yang membezakan hanyalah size acuan nya saje.


Nota Jejari : Nak makan kek cheese pulak... kek cheese puding karamel pun ok jugak kot

No comments:

Post a Comment