My Dear Warehouse Sales October 2014


Cam menarik je untuk diterjah kan????


My Dear Warehouse Sales
Tarikh : 23 Oktober hingga 2 November 2014
Waktu : 9.00 pagi hingga 7.00 malam
Tempat : No. 34, Jalan Meranti Jaya 10
Meranti Jaya Industrial Park
47120 Puchong
Selangor


Bagi yang tinggal berdekatan puchong boleh la terjah kan. Macam saya yang duk jauh ni, kena fikir banyak kali jugak kalau nak gi situ. Nak-nak pulak zaman subsidi minyak dah dikurangkan ni, bertambah la kos perjalanan nak ke sana nya. Bukan setakat minyak kete je, tol lagi, makan minum lagi dan lain-lainnya la kan.

Kalau setakat nak beli satu jenis barang je tak berbaloi. Tul tak?

Kalau tengok pada iklannya tu ada lebih kurang 300 barang yang terlibat. Yang ada dalam kepala otak ni kononnya nak cari safety gates dan kerusi makan tuk baby tu je.


Pastu nak cari buai tuk anakanda kecik yang manja ni, tapi buai tu pun tak abis fikir lagi berbaloi beli ke tidak. Hari tu ada beli rocking chair , awal2 dulu nak la dia tido kat dalam tu. Bila dah start pandai meniarap ni tak de nya dah dia nak tido kat dalam tu.



Nota Jejari : Kalau bukan tuan empunya badan yang pergi, pas dekat orang yang duk berhampiran je la kot...

No comments:

Post a Comment